“Kami dah bercerai secara baik” Siti Saleha

9,073 views

Pada hari ini, pemenang pelakon filem paling popular, Siti Saleha mengesahkan dirinya sudah sah berpisah dengan bekas usami Ahmad Lutfi.

Pelakon berumur 32 tahun ini dan juga Lutfi, 36 tahun, hadir di satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Melalui satu kenyataan, Saleha berkata mereka berdua dengan cara baik.

Ini kenyataan dari Siti Saleha tentang perpisahannya dengan Lutfi.

“Okay, pada hari ini, kami berdua telahpun bercerai dengan cara yang baik. Jodoh kami tak panjang, hanya sampai di sini saja. Itu saja yang saya mahu cakap. Lebih dari itu saya tak mahu ulas apa-apa lagi.”

Tentang butiran atau detail yang lanjut, pelakon yang terkenal dengan drama 7 Hari Mencitaimu itu tak nak bercerita lebih lanjut, katanya mereka berdua dah tak ada persefahaman.

Kami memang dah tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih.” Kata Siti Saleha.

Menurut peguam yang mewakili Siti Saleha, pasangan ini bersetuju untuk berpisah secara baik dengan alasan tiada persefahaman dan tinggal berasingan.

Siti Saleha hadir ke mahkamah dengan memakai baju berwarna hitam dan bertudung biru. Ahmad Lutfi juga hadir dengan memakai kemeja putih dan blazer hitam beserta songkok.

Pada bulan Oktober 2020, Siti Saleha membuat permohonan untuk berpisah dengan suaminya, Ahmad Lutfi.

Perpisahan antara mereka berdua ini memang mengejutkan ramai pihak kerana pasangan ini jarang menunjukkan sebarang permasalahan secara umum.

Di laman media, kali terakhir Siti Saleha upload foto dengan Ahmad Lutfi ialah ketika sambutan hari jadi Lutfi pada bulan tiga, tahun lepas.

Berkahwin pada tahun 2017, sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga, Siti Saleha dan bekas suami tidak mempunyai cahaya mata. Takziah diucapkan kepada kedua-dua pihak di atas dugaan yang melanda ini. Semoga segala urusan akan dipermudahkan selepas ini.