Ekoran adanya video suami hidu ketiak Ayda Jebat, selebriti ini menerima banyak respon dari netizen di luar sana.
Walaupun ada yang memuji kemesraan yang ditonjolkan, namun ada juga merasakan hal itu tak patut ditayang kepada umum.
Akan tetapi, Ayda Jebat ada jawapannya yang tersendiri. Katanya, seseorang itu harus melihat perkongsian berkenaan dari sudut positif.
Malah Ayda akui ada peminat yang memberi sokongan padanya.
“Adakah salah jika saya muatnaik sesuatu perkara yang positif dan ianya turut dapat sokongan oleh banyak pasangan suami isteri yang lain. Mereka semua turut terima layanan yang sama walau ada antara mereka dah lama, adanya dah 20 tahun lebih. Ada pasangan yang amat supportive dan mereka selalu doa supaya saya dan suami sentiasa bahagia dan berkekalan.”
“Bila saya mutanaik kisah saya dan suami, ada pasangan yang beri respon mereka sedih dan cemburu bila kata suami mereka tak romantik selepas berkahwin. Ada yang nak bergambar sama pun tak nak.”
“Oleh itu, saya berharap janganlah kita ambil sudut yang negatif dan cakap ianya tak elok. Saya hanya nak tunjuk betapa bahagia bercinta selepas kahwin.”
“Ada juga mereka yang cakap, kahwin ni awal saja indah, tapi lepas kahwin lama dah tak ada momen bahagia. Namun saya rasa syukur kerana sentiasa dapat layanan yang baik walaupun selepas mendirikan rumah tangga.”
Ayda juga mengatakan, dia suka bercerita tentang sikap dan perangai suaminya dan ianya perkara yang benar, bukannya rekaan.
“Saya hanya nak tunjuk perangai suami saya, Nabil. Dia memang manja dan ianya tak dibuat-buat.”
“Apapun, saya minta maaf jika ada pihak yang rasa kurang senang tengok kemesraan kami. Saya memang tak mampu jaga perasaan semua orang.”
“Saya tahu bahawa saya da banyak dari pelbagai lapisan umur di laman media, oleh itu saya selalu pastikan ianya tak terlalu over.”
“Akan tetapi, kalau ada yang rasa sebaliknya, anda perlu kena ubah mentaliti dan jangan terlalu berfantasi. Kalau lihat perkongsian ini sebagai perkara yang positif dan doakan kebahagiaan kami, anda sendiri turut mahu dan mimpikan layanan yang baik seperti ini.”
Semoga Ayda Jebat dan Nabil Mahir akan terus bahagia dan cepat dapat anak.