Intan Sarafina tampil berhijab di umur 40 tahun, netizen puji cantik

2,281 views

Penyanyi yang juga bekas peserta rancangan Gegar Vaganza iaitu Intan Sarafina telah membuat satu kejutan kepada orang ramai semalam.

Ini apabila penyanyi ini memuatnaik dua gambar terkini yang menunjukkan dirinya sudah berhijab.

Intan Sarafina pertama kali muatnaik gambar sedang memakai tudung di instastory miliknya tiga hari yang lepas. Intan kelihatan cantik sekali memakai tudung berwarna kelabu sambil tersenyum.

Kemudian buat pertama kali, Intan Sarafina telah muatnaik gambar bertudung di satu entry di laman Ig miliknya semalam.

Intan Sarafina telah mengambil gambar selfie dengan adanya filter dan menulis caption “Just smile dan say Alhamdulillah”.

Sehingga kini, gambar berkenaan menerima lebih dari tiga ribu tanda suka sejak di upload oleh Intan Sarafina.

Di ruang komen, dapat dilihat, rata-rata para peminat kepada penyanyi berumur 40 tahun ini, telah memuji kecantikkan Intan Sarafina memakai tudung. Malah ada tulis menyatakan Intan nampak lebih mudan dan menyamakan kecomelan Intan Sarafina bagaikan pelajar universiti.

Ada juga netizen menulis ucapan syukur dan tahniah kepadanya di atas penghijrahan yang dilakukan olehnya.

Ini yang ditulis oleh netizen bernama Nitazarim: “Nampak cantik dan amat manis Intan pakai hijab, dah nampak macam student uni je.”

Netizen bernama Yongmarliana pula memberikan komen ini: “Syukur. May the new chapter will be lasting forever. Alhamdulillah.”

Untuk info, Intan Sarafina merupakan penyanyi kepada beberapa lagu popular seperti Duhai Malam, Kembali dan Jika Aku Untukmu. Intan mendapat tempat kelima dalam rancangan Gegar Vaganza.

Intan Sarafina telah berkahwin dengan jejaka bernama Iskandar Ezzahuddin, yang merupakan Ceo syarikat bernama Setel. Beliau juga merupakan bekas pengarah Go Bear dan bekas pengarah syarikat U for life. Sepanjang 11 tahun berkahwin, Intan Sarafina dan suami dikurniakan tiga orang cahaya mata.