“Satu family dah block aku” Adam Shahz

678 views

Pelakon Adam Shahz dan bekas isterinya yang juga pelakon iaitu Fatin Afeefa kini ada selisih faham tentang isu anak mereka. 

Ada Shahz ada meluahkan rasa hatinya baru-baru ini dengan mengatakan bahawa dirinya telah ken sekat dari satu keluarga. 

Hal ini dikatakan ada kaitan dengan dirinya yang tak dapat berjumpa anaknya. 

Adam Shahz menulis ini di laman Ig story miliknya semalam.  

“Satu family family dah block aku.” 

Kemudian Adam ada menyatakan dia juga tak dapat menelefon anaknya itu dan kemudian ada pihak yang mengambil isu ini mengatakan dia yang tak melawat anaknya. 

“Dah tak beri saya call anak, lepas tu mereka acah-acah konon jadi mangsa dengan mengatakan saya pula tak datang melawat anak.” 

Jelas Adam Shahz, isu ini ditimbulkan agar dia tak dapat bertemu dengan anaknya lagi. 

“Isu ini ditimbulkan agar aku tak jumpa dengan anak dan anak tak akan mengadu dengan aku, tapi akhirnya anak sendiri yang cerita.” 

Selain itu, Adam Shahz juga ada muatnaik beberapa lagi kenyataan di IG story dan mengatakan dia sendiri ke mahkamah untuk buka kes memberi nafkah anak. 

“Kalaulah aku ni yang bersalah, patutnya kau yang buka kes di mahkamah, namun terbalik sebab kini aku pula yang pergi buka kes di mahkamah.” 

Ini komen dari Adam Shahz. 

Adam Shahz yang popular menerusi drama Juvana pernah berkahwin dengan Fatin Afeefa pada tahun 2013 dan mereka telah pun berpisah 5 tahun lalu pada tahun 2017. 

Sepanjang 4 tahun usia perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. 

Fatin Afeefa yang terkenal menerusi filem kanak-kanak Tentang Bulan, pernah berkahwin sebelum menjadi isteri kepada Adam Shahz.