Jarang mat salleh kelakar, netizen terhibur video kekasih Sharifah Sakinah

3,447 views

Sharifah Sakinah kini sedang bercinta dengan seoarang jejaka barasal dari negara eropah Sweden. Mula berkenalan beberapa bulan yang lepas, Sharifah Sakinah dan Michael Hansen jadi rapat kerana mempunyai minat yang sama iaitu sukakan work out atau bersenam.

Ketika ini, Sharifah Sakinah secara terbuka mengakui hubungannya dengan Michael Hansen dan amat serasi bersama.

Kalau yang selalu tengok Sharifah Sakinah ni, memang diketahui dia sorang yang gila-gila dan kelakar. Namun Michael Hansen juga mempunyai sisi kelakar yang ramai tak tahu.

Menerusi astu perkongsian video di laman IG miliknya, Michael Hansen berjaya membuatkan para followernya terhibur dengan telatahnya.

Video itu menunjukkan Michael Hansen sedang merakam kereta mewah Ferrari berwarna kuning. Ini tulis jejaka ini: “I love my ride, saya sangat sukakan kereta saya”.

Apabila ditonton sehingga akhir, rupanya ride yang dimaksudkan bukanlah kereta Ferrari itu, tetapi hanyalah scooter eletrik. Jom layan videonya.

View this post on Instagram

I love my ride

A post shared by Michael Hansén (@michael_hansen79) on

Sebelum ini juga, ada satu lagi video menunjukkan Michael Hansen cuba cakap dengan slanga yang agak lucu, ketika order fried rice atau nasi goreng.

Honey I want fried rice” kata Sakinah. Kemudian Michael Hansen menjawab “I want to roder fried rice, you want chicken, fish we got curry as well”. Ini video berkenaan.

View this post on Instagram

What are we having for dinner tonight?

A post shared by Michael Hansén (@michael_hansen79) on

Di ruangan komen, rata-rata peminat Sharifah Sakina dan Michael Hansen tehibur dengan gelagat jejaka Sweden berkenaan. Yang yang mengatakan tak sangka lucu Michael Hansen ni rupanya.

Ini antara komen dari netizen: “Jarang mat salleh kelakar, haha dia pandai buat kelakar rupanya. Made my day”.

Melihat di Igstory milik Sharifah Sakinah, pelakon ini dilihat amat aktif buat work out bersama Michael Hansen di sebuah gym. Sebelum ini, kakak Kinah iaitu Sharifah Shahirah juga sudah berjumpa dengan Michael Hansen dan upload gambar adiknya bersama jejaka kacak itu.