Datin Arianie akan bertegas dengan Dato Hattan, doakan cepat sembuh

2,531 views

Dato Hattan telah masuk ke hospital kerana jantung tersumbat. Kini keadaan penyanyi ini dalam keadaan yang baik. Hattan telah menerima rawatan selama tiga hari dan mula menunjukkan perkembangan yang baik.

Isteri Hattan, Datin Arianie memberitahu, pada mulanya, Hattan mengadu sakit di bahagian dada kemudian menjalar ke tangannya sehingga rasa kebas.

Melihat keadaan suaminya itu, Arianie terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dari pihak doctor.

“Hattan ada cakap dia rasa sakit kat bahagian dada dan kemudiannya tangan ada rasa kebas. Tanpa buang masa, dengan segera, saya terus saja bawanya ke pusat perubatan.

“Kalau ikutkan, dalam family history Hattan, memang ada yang kena sakit jantung. Oleh itu, tidak mustahil Hattan boleh terkena juga”

Keadaan terkini Dato Hattan semakin baik dan telah dibenarkan pulang ke rumah.

“Syukur, suami telah dibenarkan pulang ke rumah. Tiga hari Hattan di rawat di wad. Sekarang ni keadaannya semakin baik.

“Dari report doktor, injap jantung Hattan telah tersumbat. Insyaallah boleh sembuh kalau makan ubat yang diberi doctor. Buat masa sekarang doctor kata tidak perlu nak buat procedure angiogram.

Dalam pada itu, ketika di rumah, Datin Arianie kini akan jadi seperti nurse dan akan jaga Dato Hattan termasuk pemakanan yang di ambil.

“Kolestrol dah tinggi, kena pantau dan dijaga. Makanan berminyak tak boleh makan banyak dah. Saya juga akan pastikan suami makan tepat pada waktunya. Dato Hattan juga dah kena pergi bersenam, saya kena titik beratkan dan bertegas dalam perkara ini sekarang. Ini semua adalah demi kebaikannya juga”.

Itulah penjelasan dari Datin Arianie tentang keadaan terkini suaminya Dato Hattan. Penyanyi berumur 56 tahun ini popular menerusi lagu seperti Bisa Benar, Gadis Jelebu, Mahligai Syahdu dan Memburu Rindu.

Share this on...