Penyanyi Bienda atau naam sebenarnya Nor Razlinda menjadi viral gara-gara satu video menunjukkan dirinya sedang menjual makanan iaitu pau di tepi jalan.
Sebenarnya video itu hanya menunjukkan adanya seorang wanita cantik yang menjual pau di tepi jalan tanpa diketahui siapakah identitinya. Rupanya wanita itu ialah Bienda. Ramai yang tak perasan atau tak tahu itu sebenarnya merupakan Bienda.
Setelah video itu viral, barulah orang tahu Bienda berniaga pau di tepi jalan. Tapi ada juga yang bertanya, mengapa dia hanya berniaga di tepi jalan, dan adakah dia sedang alami kesukaran dalam hidupnya.
Menerusi satu kenyataan, Bienda tampil menerangkan dia bukannay hadapi kesukaran hidup sebaliknya memang minat berniaga.
Bagi pendapat Bienda, walaupun dirinya seorang selebriti, dia tak rasa itu boleh jadi penghalang untuk dia berniaga di tepi jalan. Bienda juga nafi dia sedang hidup susah.
“Ada yang hubungi saya dan ada yang bertanya, adakah hidup saya sekarang ini dah jadi susah sebab seakrang ni saya berniaga pau di tepi jalan.”
“Syukur alhamdulillah, hidup saya sekarang ni masih macam biasa. Cuma saya mahu mencuba pengalaman baru dalam berniaga, termasuk perniagaan pau.”
“Sebenarnya ini merupakan perniagaan suami saya. Masa tu, saya sebenarnya hanya sekadar datang membantu suami jual pau saja.”
Jelas Bienda yang merupakan anak kepada penyanyi Shieda, berkata dia harap dapat jadi inspirasi kepada mereka yang mahu start berniaga.
Kepada mereka yang hilang pendapatan, bolehlah untuk bermual berniaga, termasuklah di tepi jalan, asalkan dapat menjana pendapatan yang berkat.
Untuk yang tak tahu, Bienda sebelum ini pernah popular dengan lagu seperti Penantian dan juga Jaga Hati. Bienda merupakan salah seorang ahli kumpulan nasyid Solehah yang turut menampilkan Dati Seri Shahidah, isteri Datuk Seri Aliff Syukri.