“Kena angin ahmar, keadaan dia masa tu amat lemah” Ali XPDC dikejarkan ke hospital

971 views

Penyanyi terkenal Ali dari kumpulan XPDC menerima satu lagi ujian apabila telah dikejarkan ke Hospital Ampang semalam. Dari laporan Harian Metro, Ali disahkan terkena angin ahmar.

Salah seorang ahli band XPDC iaitu pemain gitar, Izo mengesahkan hal berkenaan.

Ketika kejadian itu, ahli kumpulan XPDC nak pergi makan-makan setelah mereka semua selesai berlatih di sebuah studio di Pandan Indah.

“Kami band XPDC sedang buat persiapan untuk sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung di Warisan Hall Studio, kat Banting pada tarikh 12 Mac.”

“Mulanaya, Ali nampak sihat ketika latihan. Selepas habis, kami bergerak ke restoran yang terdekat sekitar jam 9 malam.”

“Masa ini, Ali nampak diam saja tak cakap apa. Dia tak sempat makan sebab semasa makanan sampai, keadaannya dah lain, dia jadi tak sedar, mamai dan tak bercakap. Kami tanya dia tak ada respon pun.”

Ketika itu, anak Izo terus call ambulans, dan Izo pula terus contact isteri Ali.

“Kebetulan isteri dan anak-anaknya ada di area sekitar situ. Mereka terus segera datang ke kdai makan itu.”

“Anak saya pula sedang bercakap dengan pihak doktor untuk lakukan apa yang perlu sehingga nak tunggu ambulans sampai, memang Ali sangat lemah masa tu.”

Ahli kumpulan XPDC dan penganjur akan bertemu dan melawat Ali di hospital dan kemudian baru berbincang tentang persembahan di konsert berkenaan sama ada untuk tangguh atau teruskan.

Sebelum ini, Ali XPDC yang kini berumur 53 tahun, ada beberapa kali kena masuk hospital kerana pelbagai masalah kesihatan. Antaranya masalah jantung dan wajah melecur.

Terdahulu Ali, 53, pernah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), selepas mengalami serangan jantung pada September lalu.

Menerusi satu kenyataan, dikatakan pihak doktor ada memberitahu isteri Ali bahawa vokalis XPDC ini disahkan kena angin ahmar.