Penyanyi dari kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat ada bercerita dan memberitahu tentang keadaan isterinya iaitu Nazira.
Diberitakan, isterinya masih lagi belum dapat melupakan pemergian anak tersayang, baby sulung mereka, pada hujung bulan sembilan tahun 2021.
Hanya sempat menatap wajah anak sulung selama seminggu, pemergian anaknya itu masih lagi dikenang oleh isterinya.
Walau sudah redha, namun adakala isteri Azmi tak dapat menahan rasa sayu dan akan beremosi jika sesekali terkenang.
“Kasihankan isteri saya. Adakalanya kalau emosi sayu dia itu datang, saya akan dapat dengar dia teresak-esak dalam bilik air. Tiada apa yang saya boleh cakap, hanya minta sabar.”
“Kadang-kadang dia pun dah tak boleh nak dengar ayat sabar itu. Namun saya akan cuba tenangkan dia dan memeluknya.”
Jika ada baby kecil yang lain, isterinya juga akan mudah terkenang.
“Contoh kalau ada dengar suara anak orang pun kadangkala dia akan cakap macm ni, alangkah seronoknya kalau ada anak. Jika ada kisah melibatkan baby, dia pun boleh teremosi.”
“Macam tu lah keadaan dia. Dah 10 tahun kami ni mendirikan rumah tangga ini, hilang baby ni memang ujian buat kami.”
Azmi memberitahu, dengan izin dari Ilahi, dia akan cuba mendapatkan cahaya mata. Mungkin akan guna cara in vitro. Malah Azmi juga ada bertanya tentang anak angkat, namun isterinya masih belum bersedia tentang hal itu.
“Isteri saya ada kata, dia nak cuba juga dapatkan zuriat sendiri dulu, belum sedia lagi untuk ambil anak angkat.”
Azmi Saat telah mendirikan rumahtangga dengan Nazira, seorang penjawat awam pada tahun 2011. Pasangan ini menerima kehadiran baby sulung pada 27 September tahun lalu namun disahkan pergi buat selamanya hanya selepas seminggu dilahirkan.