Ruhainies sebenarnya dah kahwin? “Saya akan cerita segalanya”

47,282 views

Hari ini, ada beberapa buah portal telah melaporkan bahawa ad aura mengatakan bahawa pelakon jelita Ruhainies sebenarnya dah pun berkahwin.

Dakwaan berkenaan sedang hangat diperkatakan orang-orang yang mengikuti dunia seni tanah air.

Akhirnya melalui laporang akhbar Harian Metro, pihak media terus bertanay kepada Ruhainies tentang isu ini, adakah ianya betul.

Menjawab pertanyaan berkenaan, adik kepada Nur Risteena ini berkata dia akan bercerita tentang hal yang amat penting ini kelak.Kata pelakon berumur 29 tahun ini, dalam bulan ini, dia akan dedahkan segalanya.

“Di dalam bulan ini juga, dengan izinnya, Insyaallah, saya akan ceritakan segalanya.” Itu komen ringkas dari Ruhianie tentang hal yang menyatakan dia dah pun berumah tangga.

Ruhainies akui, dia kini sednag tunggu waktu serta masa yang paling sesuai untuk mendedahkan dan menjawab segala desas desus yang sedang bertebaran ketika ini.

“Apa yang saya boleh cakap ketika ini, perkara serta hal yang baik dan perakra yang menggembirakan sudah tentu saya akan cerita pada semua. Namun sekarang ni, masih lagi belum sampai masanya lagi. Apapun, mungkin dalam bulan ini juga.”

Selain itu, Ruhainies di tanya tentang jejaka yang mempunyai citarasa untuk bergelar suami, dan baginya lelaki itu kenalah seorang yang baik.

“Apa yang amat penting, dia merupakan lelaki yang baik dan sudah tentu kena tepati semua kriteria untuk jadi suami yang baik buat saya.”

Sebelum ini, Ruhainies diketahui sedang jalani satu hubungan dengan seorang jejaka yang tidak didedahkan kepada umum.

Jejaka yang dikatakan kekasih hati Ruhanie itu dikenali sebagai Mr E dan seringkali hadir bersama Ruhianies. Ruhainie berkata dia ada sebab yang tersendiri untuk tidak mendedahkan wajah serta identity Mr E.