“Kau memang buat hal Jat, sumpah” Mustika turut jawab bila anak Sajat tanya Umi mana

3,959 views

Kisah Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini dah pun diketahui ramai.

Malahan kisah Sajat memang selalu dapat perhatian ramai, dan sudah tentu kisah usahawan ini turut ada memberi kesan kepada semua ahli keluarganya.

Antara yang tampil memberi kenyataan bagi pihak keluarga ialah adik kandung Sajat iaitu Nur Mustika.

Mustika ada bercerita bahawa sebenarnya keluarganya hanya tahu tentang kisah abangnya itu berada di Thailand hanya melalui pihak media saja.

Kami hanya baru tahu dua hari lepas saja, itu pun sebab ada orang yang tag pada berita itu. Tak ada pihak berkuasa pun datang, Itu yang Ika pelik juga.

Selalunya kalau dia ditahan mesti ada gambar tapi kali ni tiada pun. Semua guna gambar lama Sajat, tak ada yang guna gambar baru.

Sajat memang hilang terus, memang dah lost contact.” Jelas Mustika tentang abangnya itu.

Kemudian wartawan dari Mstar ada bertanya tentang anak-anak angkat Sajat, tentang keadaan mereka, sama ada mereka ada cari Sajat yang dipanggil umi.  

Anak-anak dia ada cari tak. Bila nak-anak dia tanya umi dia kat mana, apa Ika atau family cakap.” Tanya wartawan berkenaan kepada Mustika.

Semua anaknya dah boleh faham dan nampak macam semua dah boleh accept dah. Mereka tanya, kitorang cakap umi dia ada kat oversea, tak boleh balik, stuck.” Itulah jawapan dari Mustika.

Jelas Mustika lagi, dia dan family bukannya menyelebahi Sajat semata, memang family dah tegur, namun tidaklah sampai teruk kerana Sajat tetap ahli keluarganya. Family pun tahu mana yang salah mana yang betul apatah lagi menyentuh bab agama.

Family taklah pejam mata, kita pun dah cuba sebelum ni, tapi dia dah besar panjang. Orang luar pun tak tahu apa yang berlaku, takkan kami tegur Sajat tapi tak adalah nak beritahu semua yang kami dah tegur dia.

Mustika sempat memberi pesan kepada Sajat bahawa dia memang buat hal kali ini. “Kau memang buat hal lah Jat, kau buat hal sumpah, aku kena jawab semua benda, sakit hati.