(VIDEO) Iqbal geram sampai campak, tabur duit berkepuk depan wartawan

11,432 views

Ahli perniagaan yang sedang hangat diperkatakan ramai iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli telah membuktikan dirinya seorang yang kaya raya baru-baru ini.

Melalui satu video dari portal Mstar, Iqbal dilihat kurang senang setelah ada yang label dirinya mahu kikis harta dan wang Dato Seri Vida.

Dari temubual berkenaan, Iqbal telah buktikan dia juga seorang yang berharta.

Antara yang ditayang oleh Iqbal ialah dua ekor kucing yang mahal harganya. Kucing jenis Mainecoon itu dibeli dengan harga RM15 ribu seekor dan yang warna gelap berharga RM8 ribu.

Saya habiskan bahagian kucing saja dalam RM50ribu.” Jelas Iqbal.

Selain itu minyak wangi milik Iqbal juga jenis high end, dan dalam empat atau lima botol sudah berharga RM7ribu hingga RM8ribu.

Ada ditunjukkan juga beberapa koleksi jam tangan mewah milik Iqbal antara RM28 ribu sehingga yang paling mahal sampaikan RM1 juta.

Saya suka barang eksklusif, yang ni murah dalam RM48ribu dan yang ni dalam seratus lima puluh ribu Ringgit, tak mahal sangat. Paling mahal lebih kurang satu juta.

Iqbal juga ada mengatakan dia ada beri giveaway emas kepada para followernya, dan antara paling mahal ialah give away emas yang berharga RM20 ribu.

Pemuda berumur 27 tahun ini berkata dia mempunyai 50 pasang sut yang berharga setiap satunya RM7 ribu.

Iqbal dengan tegas mengatakan dia mempunyai wang sendiri dan bukannya seorang yang akan kikis harta orang lain.

Saya bukan orang yang suka kikis duit orang, saya bukan macam tu. Takkan nak tunjuk, oh ini duit aku, nak tabur duit macam tu.

Ada yang kata semua duit, DSV yang beri. Sebenarnya saya kerja dengan DS Vida dulu saya yang pecah rekod dapat sales, jualan retail sehari RM400 ribu. Saya yang buat duit untuk dia.

Yang mengejutkan Iqbal juga ada tunjuk dan berkata perlukah dia tabor dan tunjukkan duit kepada orang ramai kepada wartawan. Video tabur duit sekitar minit ketiga.

Iqbal meminta netizen dan semua orang janganlah berkata yang bukan-bukan tentangnya dan meminta dia hidup bahagia.