“Kau nak kat aku Mike?” ~DS Vida, netizen kata memang sepadan Vida dengan Michael Ang

753 views

Melihat hubungan yang akrab terjalin antaar Dato Seri Vida dan Michael Ang, ramai yang setuju sekiranya ahli perniagaan itu dan pengarah serta penerbit yang berjaya itu disatukan sebagai suami isteri.

Ditanya tentang cadangan serta komen dari netizen tentang hubungan dengan Michel Ang, Dato Seri Vida berkata, banyak hal yang perlu difikirkan jika jalin hubungan dengan Michael Ang.

Usahawan berumur 51 tahun ini berkata dia dan Michael Ang kedua-duanya agak lantang namun sebenarnya memiliki personaliti yang berlainan.

“Saya rasa kalau kahwin dengan Michael Ang tu memang saya nak kena fikir dua kali lah.”

“Nak kahwin dengan Michael Ang macam mana, dua duanya, saya dan dia ni memang mulut laser, nanti tak sempat buat apa lagi, periuk dah berterbangan.

“Pung pang, nanti jadi gaduh baik, gaduh lagi, lepas tu, baik semula. Kalau gitu memang tidak bolehlah nak jadi laki bini.”

Vida kemudian secara berseloroh bertanya, sama ada Michael Ang nak pada dirinya.

“Mike oh Mike kena aku dia ni. Memang sah kalau saya layan Michael ni memang jadi. Tapi memang kena fikir dua tiga kali.”

“Saya tak boleh orang yang mulut banyak, lebih suka orang yang kerja di belakang tabir dan beri seokongan pada saya, buat video untuk saya ke.”

“Kau macam mana Mike, kau nak kat aku ke Mike? Gaduh nanti, kau ni saja cari aku ye Mike.”

Dato Seri Vida akui ketika ini dia memang memilih untuk menjadi bujang dan hanya bersama anak-anak.

“Saya sangat selesalah jadi bujang ni, nak buat apa pun boleh. Boleh buat apa saja, tidur bangun jam berapa pun bila, makan mandi jam berapa pun boleh. Ibu tunggal ni saya selesa.”

Buat masa sekarang Dato Seri Vida berkata anak-anaknya masih lagi belum bersedia untuk menerima kehadiran ayah yang baru.