“Rossa Sera kalau nak pakai lawyer bagitahu” ~ Puteri Sarah Liyana

1,569 views

Dua wanita yang mempunyai isu dalam rumah tangga iaitu Puteri Sarah Liyana dan Rossa Sera buat kali pertama bertemu dan disatukan dalam satu event semalam.

Sempena perlantikkan kedua mereka sebagai duta Inayah Beauty, Puteri Sarah bertentang mata sendiri dengan isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera.

Kali pertama bertemu, Puteri Sarah akui rasa kesian pada Rossa Sera.

“First time saya bertemu bertentang mata dengan Rossa Sera. Sebelum ini saya hanya baca ksiahnya dari media saja.”

“Namun apabila saya dah jumpa face to face dengannya, saya dapat lihat yang dia ni amatlah vulnerable malah dia pun ada anxiety. Kesian kat dia.”

Puteri Sarah amat memahami apa yang dialui oleh Rossa Sera.

“Apabila kamu ada hati yang sedang berkecai, broken heart ni, ianya bagai sedang sesat dalam hutan. Semua direction pun tiada arah. I feel u girl.”

“Ini memang reality, tapi kadangkala broken heart inilah yang diperlukan untuk gegarkan semula kesedaran dan membantu kamu untuk lihat bahawa kamu ini bernilai.”

Malah Puteri Sarah pun ada berkata kalau Rossa Sera nak lawtyer boleh roger dirinya.

“Rossa Sera kalau nak pakai lawyer saya nanti beri tahu ye.”

Sementara itu, Rossa Sera juga mengatakan Puteri Sarah Liyana dan dirinya ada berhubungan sebelum ini tetapi hanya melalui call saja. Puteri Sarah juga ada beri kata-kata semangat kepada Rossa Sera.

“Puteri Sarah ni la yang banyak beri semangat dekat saya. Dulu kami ada bertukar cerita melalui panggilan phone, dari call saja, dan kami tak ade kesempatan nak bertemu.”

“Syukur sekarang kami bersama sama dapat bangun dan mencari rezeki sama-sama dengan Inayah Beauty ini.”

Semoga semua urusan kedua wanita ini, buat Puteri Sarah dan Rossa Sera akan dipermudahkan.