“Kau tanam kat tanah bukan kau punya” Michael Ang komen isu durian Raub

3,429 views

Sekarang ni tengah panas dengan isu durian di Raub, Pahang. Akhirnya pihak berkuasa ambil tindakan di atas tanaman kebun durian yang dibuat di hutan simpan.

Kes ini membuatkan pekebun berang dengan perbuatan itu, malah ada tunjuk kononya mereka mempunyai surat mahkamah.

Pihak berkuasa telah meneruskan operasi dan ini membuatkan ada ahli politik yang turun untuk mempertahankan pekebun berkenaan.

Keadaan ini kemudian dilihat kearah perkauman apabila ahli politik dan pekebun cuba menegakkan pendirian mereka yang mengatakan mereka tak salah.

Walaupun sudah jelas mereka bukannya peneroka tetapi menceroboh kawasan hutan simpan yang sepatutnya di jaga dengan baik, bukannya di tanam pokok durian demi meraih keuntungan.

Melihat isu ini sedang hangat Michael Ang, pengarah yang terkenal dengan kelantangannya, telah memberi pandangannya.

Nampaknya Michael Ang sendiri akui merasa terkilan isu ini dijadikan seperti isu perkauman pula. Ini ulasan dari Michael Ang tentang isu ini.

Salam kepada semua. Durian oh Durian, pembangkang ni pun sama samdol. Nak bergaduh saja kerjanya. Cubalah buat benda yang berfaedah sikit, tolong rakyat ke ataupun selesaikan masalah tentang covid ni ke. Daripada pergi nak melagakan perkauman.

Ini pula antara beberapa points dari Michael Ang.

Ekoran kes itu, Ketua Polis Negara mengatakan Pasukan Gerakkan Am telah dikerahkan ke kawasan berkenaan untuk menjaga ketenteraman awam dan pihak polis tak akan berkompromi jika ada yang mahu buat kacau dan ganggu pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas.

Kes pencerobohan hutan simpan itu merupakan di bawah kuasa Pejabat tanah Raub Pahang dan juga Jabatan Perhutanan Pahang. Operasi untuk musnahkan kebun berkenaan sepatutnya dibuat sehingga awal bulan Ogos. Dikatakan 101 hektar tanah itu telah ditanam pokok durian jenis Musang King, iaitu antara yang termahal di Malaysia.