Saari Amri pernah hidup gelandangan, mengemis di Chow Kit

2,457 views

Saari Amri antara nama besar dalam bidang muzik, banyak lagu ciptaannya yang menjadi hit sehingga kini.

Antara lagu popular sepanjang zaman ciptaannya adalah seperti Madah Berhelah dinyanyikan oleh Ziana Zain, Gerimis Mengundang oleh kumpulan Slam, Ramalanku Benar Belaka dari Umbrella, Pasrah dendangan Erra Fazira, Bara oleh Dato Awie dan banyak lagi.

Pernah menolak gelaran Datuk sebanyak dua kali, Saari Amri dilabel sebagai seorang yang amat merendah diri.

Saya malu, saya ni belum lagi layak, apalah sangat jasa saya ni. Bukannya ada banyak jasa dengan negara. Nanti kalau anak kahwin saya dapat cucu, automatik saya akan dapat gelaran jadi datuk.

Itulah antara kenyataan dari composer berumur 55 tahun ini tentang soalan kenapa menolak tawaran datuk.

Bukan mudah untuk berjaya seperti yang dicapai olehnya ketika ini. Malah ketika muda dulu, Saari Amri pernah tiada rumah dan duduk sebagai gelandangan.

Kenang semula zaman susah dulu, saya bersedih. Pernah sampai tahap, saya kena mengemis, minta makanan kerana nak teruskan kehidupan. Mujur ada yang simpati dengan saya.

Banyak kali cuba, akhirnya tuhan buka pintu rezeki setelah lagu saya diterima oleh syarikat rakaman.

Saya ni tak pergi sekolah sangat pun, sampai darjah 6 saja. Syukur masa tu, gaji RM1000 kemudian naik sampai RM5000 ketika itu.

Ketika ini, usaha keras Saari Amri ketika dulu membuahkan hasil. Malah Saari Amri menerima jumlah royalty yang amat lumayan sehingga ke hari ini.

Saya berterus-terang, sampai kini, duit royalti yang saya dapat hasil kerja dulu itulah yang digunakan untuk tampung kehidupan termasuk membesarkan anak-anak.

Dah 30 tahun dalam industri, saya ada lebih kurang 600 buah lagu dan lagu yang popular saya buat, sering saja muncul di dunia muzik.

Saya syukur dengan kehidupan saya, kini dah lebih aman dan rileks. Royalti lagu-lagu itu cukup, dalam setahun adalah lebih kurang RM200 ribu.

Itulah ceritanya tentang composer hebat Saari Amri. Yang tak tahu, nama Saari Amri sebenarnya ialah Saari bin Jusoh. Mulanya nak letak sebagai Saari AM, yang mana AM itu bermakna anak mak.

Tetapi rakan-rakan menyarankan Saari untuk letak terus jadi Saari Amri, lagi sedap namanya.