Nampaknya penyanyi yang popular dengan lagu Warkah Untukku dan Bunga iaitu Ara Johari membuat kenyataan apabila ada yang menyebar kisah dia ada hutang sana-sini.
Ara Johari ternyata terkesan dengan kisah yang bertebaran itu dan membuat satu kenyataan menerusi laman media sosial Ig stories miliknya baru-baru ini utuk menerangkan apa yang berlaku sebenarnya.
Menerusi kenyataan itu, Ara telah memohon kepada semua orang yang pernah memberi pinjaman wang kepadanya untuk tampil datang jumpa atau beritahu dirinya.
Kata Ara, jika ada sesiapa yang dia berhutang, dan dia memang betul-betul mahu langsaikan segalanya.
Jelas penyanyi berumur 23 tahun ini lagi, jujur dia memang tak pasti bahawa dia ada berhutang dengan sesiapa namun mungkin ada terlepas pandang.
“Kalau saya ada hutang dengan sesiapa ke, or saya ada satu ringgit dua ringgit, boleh tak direct message saya terus”.
“Ini kerana saya tak sukalah apabila ada orang reka hal tak berapa nak betul dan ngarut. Even, kawan sendiri pun dah tak boleh nak percaya sekarang ni”.
Ara juga sempat memberi nasihat dan peringatan kepada pihak yang terbabit agar janganlah nak rosakkan nama Ara dengan cerita sedemikian. Dan silalah tampilkan bukti jika benar dia ada hutang itu.
“If you guys ada isu atau isu hutang dengan saya ni, silalah tonjolkan diri anda. Kalau ikutkan sebenarnya saya tak pernah pun ada hutang sana sini. Jadi jangan sesuka hati nak canang hal aku sana sini. Memang paling pantang orang buatbusuk nama saya tanpa bukti macam ni”.
Itulah luahan hati oleh Ara atau nama penuhnya Nurfarrah Izzatie Johari. Memang tak best nak cakap pasal hutang ni, lebih baik jumpa tuan punya badan kalau benar.