Famous dengan banyak video di YouTube, Syahmi Sazli tampil dengan karya filem iaitu Mael Totey. Filem ini menerima pelbagai reaksi dari orang ramai, ada yang suka dan ada yang tak berapa gemar dengan filem berkenaan.
Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty tampil memberi pandangannya dan telah mengatakan bahawa filem Mael Totey ini belum lagi capai standard terutama dari segi teknikal.
Malah Ellie Suriaty juga mengatakan walaupun filem itu mendapat kutipan yang memberangsangkan, sebanyak RM5 juta, ianya bukanlah benchmark untuk pembikin filem untuk berkarya secara kreatif yang sempurna.
Syahmi Sazli akhirnya membalas semula kenyataan yang dibuat oleh Ellie Suriati itu, melalui laporan portal HarianMetro.
“Kalau tentang sudut teknikal itu, saya pun setujulah apa yang dia katakan. Namun begitu, kalau dia komen tentang standard sesuatu karya, saya secara jujur tak setuju. Ini kerana saya nak tahu juga apakah standard yang dimaksudkannya. Adakah standard sebuah karya itu perlu ada scene bersentuhan sebab filem Mael Totey ni langsung tak ada babak sentuh menyentuh dilakukan. Ia lebih kepada ikut standard saya sendiri”.
“Saya dalam industri filem ini memang masuk dengan cara berbeza. Saya akui tak ikut jalan yang sama dengan penggiat yang lain. Saya buat filem ikut standard saya sendiri saja”.
“Apabila penonton dapat terima standard filem saya itu, saya rasa ianya adalah satu kejayaan. Lagi pula, saya buat filem ini adalah untuk penonton dan follower saya yang memang dah kenal dengan karya saya”.
Berkata tentang teknikal, Syahmi mengatakan dia memang kekurangan, apatah lagi tiada modal yang cukup.
“Modal saya untuk buat filem berkenaan tak besar dan saya guna alat yang ada saja. Ambil contoh, camera yang saya gunakan untuk buat filem ini adalah sama juga yang saya guna untuk buat video di YouTube.
Apapun,Syahmi Sazli tetap terima pendangan dari Ellie Suriaty itu dan akan baiki dari sudut teknikal untuk karyanya di masa depan.