Keadaan terkini Yasin Sulaiman tampil dimahkamah, dilihat ceria sempat buat peace

1,733 views

Yasin Sulaiman sedang ditahan di penjara Sungai Buloh kerana kes memiliki dan menanam pkok yang telah disenaraikan sebgaia bahan yang terlarang.

Hari ini, Yasin telah bertemu dengan pihak media di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya ketika sebutan semula kesnya itu.

Kata Yasin, dia kini semakin sihat dan gembira serta terharu kerana ramai yang menyokong dirinya.

Tentang kesihatan bipolar yang dialaminya, Yasin hanya tersenyum dan menjawa secara ringkas bahawa dia sihat saja.

“Baik alhamdulillah, saya sihat, syukur alhamdulillah. Semuanya bagus dan saya menerima rawatan. Terima kasih kepada semua yang beri sokongan terutama Syed Saddiq, Wardina Safiyyah, kumpulan Brothers dan juga Nurul Izzah Anwar. Terima kasih diucapkan kepada semua.”

Tentang barang terlarang berkenaan, yasin harap kerajaan akan kaji semula dan kelaurkannya dari senarai barang terlarang.

“Harapnya kerajaan akan keluarkan pokok berkenaan daripada senarai barang terlarang, sebab pihak WHO pun dah keluarkan. Saya rasa tak wajar salahkan pokok berkenaan kerana ianya untuk rawatan.”

Dalam pada itu, peguamnya iaitu Yusmadi memberitahu, Yasin memang dah dapat rawatan. Tetapi mereka akan memohon supaya Yasin diberikan rawatan pakar.

“Saya ada bercakap dengan Yasin, dia cakap dah diberi rawatan biasa. Tapi kami akan minta untuk diberi satu rawatan dari pakar. Permohonan itu juga akan dirujuk kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).”

“Yang dialami oleh Yasin ini bukan sakit biasa. Amat wajar diberi rawatan yang sebaiknya.”

Tentang perkembangan terkini kes Yasin, pihak Mahkamah Seksyen telah menetapkan tarikh baru iaitu pada 22 Jun ini untuk sebutan semula kerana pihak pendakwaan masih belum memperolehi laporan kimia.

Itulah keadaan terkini dan perkembangan terbaru tentang Yasin Sulaiman, penyanyi dan composer yang pernah menggondol Anugerah Juara Lagu dengan lagu Mimpi Laila.