“Aku nak declare sikit.. Mak bapa aku pun tak tahu ni” Ini luahan hati anak Ellie Suriaty

12,797 views

Kisah perpisahan antara dua pelakon dan pengarah terkenal iaitu Azri Iskandar dan juga Ellie Suriaty sudah pun diketahui umum.

Perpisahan ini mendapat liputan pihak media dan menjadi bualan ramai apatah lagi melihat usia perkahwinan mereka sudah hampir nak masuk dua dekad lamanya.

Namun ternyata takdir dan jodoh mereka sudah terhenti setelah 19 tahun berkahwin.

Anak kepada pasangan ini iaitu Azrell, 18 tahun telah membuat luahan hati tentang apa yang terjadi.

Pemuda ini memuatnaik satu video meluahkan rasa hatinya tentang perpisahan ibu dan bapa nya itu.

Azrell berkata dia faham apa yang terjadi dengan kedua orang tuanya namun agak terkesan dengan komen-komen dari orang luar yang tak tahu apa-apa.

Sebagai anak, Azrell mengatakan dia okey dengan perpisahan ibu bapanya, tetapi tidak mahu orang lain membuat spekulasi sendiri.

“Aku just nak declare sikit, mak dan bapa aku pun tak tahu apa aku nak buat ni. Semua tahu mak bapa aku pun dah berpisah hari ni, aku memang saja sakitkan hati ni sendiri, baca komen dari orang ramai.”

“Sebagai anak aku faham apa yang jadi pada mak bapa aku, dan aku nak tengok pandangan orang melalui komen mereka di laman media sosial. Tapi aku memang bengang dengan orang yang suka main tuduh ni, kata tak sependapat sebab kes vaksinlah, buat andaian. Benda tu takde kena mengena dah, dah berapa bulan lepas dah is utu.”

“Jangan tuduhlah, kau tak suka benda macam ni. Siap kata ini pasal sokong Najib, apa kena mengena, tak de kena mengena pun.”

“Dorang berdua sekarang ni just fokus pada kerjaya masing-masing. Aku yang anak ni pun okey je, aku pun paham.”

Jadi kepada orang yang bukan keluarga tu, harapnya jangan beri komen yang tidak benar, seolah mereka pula tahu segalanya. Itulah komen dari Azrel, anak kepada Azri Iskandar dan juga Ellie Suriaty.