“Jangan cakap macam tu” Ini respon Mira Filzah

3,601 views

Pelakon dan pengacara popular Mira Filzah kini selamat bergelar ibu setelah melahirkan anak pertamanya.

Mira Filzah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada tarikh 10 Mei 2022 bersamaan dengan 9 Syawal yang lalu.

Pada hari ke tujuh, pasangan ini bergambar bersama anaknya itu dan telah membuat pengumuman nama anaknya, iaitu Wan Khair Amir.

Sedap nama anaknya itu dan mempunyai maksud yang bagus sekali. Khair bermakna baik atau elok manakala Amir membawa makna pemimpin.

Mira Filzah juga ada muatnaik fotonya dengan suami Wan Emir Astar dan juga baby Khair Amir semasa baru pulang dari hospital.

“Ini gambar throwback, imbas semula semasa baby tengah tidur. Ini gambar pertama kami bertiga, masa ni saya baru diberi kebenaran untuk keluar dari hospital pada minggu lepas.”

Melihat foto post natal itu, ramai yang memuji bahawa Mira Filzah kelihatan cantik dan menawan. Malah ada yang sampai memuji dan melabelnya bidadari syurga.

“Buat pertama kali saya nampak ibu postnatal ni cantik sangat macam Mira ni. Umpama bidadari di syurga.”

Itulah komen yang ditulis oleh seorang netizen dengan memujinya dan terus mendapat perhatian dari Mira Filzah. Kata Mira biasa saja dan tak perlu nak memuji berlebihan.

“Ya tuhanku janganlah cakap macam tu. Masa ni Mira memang rasa happy sebab dah boleh discharge, tak sabar nak balik dah, nak bawa baby ke rumah. Masa ni terus bangun awal kerana terlalu excited nak discharge.”

Kata Mira Filzah dia pun pakai biasa saja tu, dan akui tak larat nak bangun, hanya berdiri untuk bergambar saja.

“Sempatlah solek sikit, dan terus belit tudung. Tetapi keluar dari wad sampai je kereta saya tetap gunakan kerusi roda atau wheel chair. Sama je macam orang lain. Saya tak berjalan pun, memang tak larat. Gambar ni biasa lah boleh berdiri, sekejap je diri.”

Itulah pengakuan serta respon dari Mira Filzah setelah menerima pujian berlebihan.

Untuk info, Mira Filzah dan pasangan Wan Emir Astar disatukan sebagai suami isteri ada September 2020.