“Saya kenal suami masa saya dah free hair” Erin nafi suami muda punca buka tudung

6,737 views

Bekas isteri kepada penceramah bebas, Dai Farhan iaitu Erin, sekali lagi meluahkan rasa hatinya yang terbuku. Ini ada kaitan dengan isu yang semua pun dah tahu iaitu kisah dirinya membuka tudung.

Erin  berkata dia membuka tudung bukan kerana mendapat suami yang lagi muda, dan dia kena jadi muda.

Jelasnya, dia sebelum ini pun memang seorang yang free hair.

“Ramai tanya saya tentang dari berhijab kini dah free hair. Saya dari sejak azali lagi memang dah free hari. Sejak saya selalu keluar masuk paper, sejak jadi lecturer di Giat Mara, ketika join politik, dan semasa aktif business, memang rata-rata tahu saya ni agak struggle untuk istiqamah ketiak bertudung.”

“Sebelum ini, ada suami terdahulu pun sebenarnya tak berapa suka saya ni memakai tudung, namun mereka beri saja saya nak bertudung. Bila laki tak berapa nak support ni, maka ke laut balik la saya.”

Tentang berkahwin dengan jejaka muda, Erin menyatakan bukan kerana suami dia buka tudung.

“Untuk info, memang kebanyakkan suami saya semua pun muda-muda. Allah yang hantar muda-muda pada saya. Jangan nak kata saya ada suami muda jadi saya kena jadi muda juga dan buka tudung, Tak langsung, sebab masa saya kenal dia. saya dah free hair dan masa tu dia tak kenal pun sapa saya.”

“Jangan nak salahkan siapa pun, kesedaran saya agak jelas, terima kasih di atas semua yang menegur serta nasihat baik-baik. Semoga semua urusan di permudahkan.”

Erin juga sempat memberi peringatan tentang mereka yang selalu saja berlakon jadi kawan walhal sebenarnya mereka hanya bermuka-muka.

“Bukan semua orang itu kawan kamu, walaupun mereka dilihat bersama, gelak sama-sama, tak bermakna mereka ini adalah kawan. Orang memang muda bermuka-muka, dan akhirnya boleh kantoi juga.”

Itu sedikit sebanyak update dari Erin, bekas isteri kepada Dai Farhan.