“Kenapa dia tulis hal tak baik tentang saya” Puteri Balqis terluka dengan Mia Sara

9,583 views

Dua pelakon kanak-kanak yang terkenal di tanah air ialah Puteri Balqis dan juga Mia Sara. Puteri Balqis terkenal dengan lakonannya yang hebat manakala Mia Sara pula lebih dikenali dengan imej kanak-kanak kecil yang comel.

Namun semalam, Puteri Balqis meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Mia Sara. Ini kerana Mia ada menulis beberapa komen tentang dirinya di laman media sosial, terutama bab didikan. Ini yang ditulis oleh Mia Sara.

Bagi Puteri Balqis, apa yang dikatakan itu melibatkan ibunya, dan dia amat terkilan.

“Baru saja saya dapat ketahui tentang perkara ini. Kenapakah selebriti kanak-kanak ini, Mia Sara sibuk menulis tentang diri saya.”

“Dia menulisnya di laman media sosial dan memberi komen di depan public secara terbuka, baiknya kamu.”

“Selepas dia komen itu, saya terima pelbagai komen yang kurang baik dari orang ramai. Ianya memang melukakan saya. Ini ibu saya yang awak cakapkan. Satu-satunya orang yang sayang saya.”

Puteri Balqis turut memberi respon tentang komen Mia Sara bahawa dirinya tidak menerima didikan baik dari kecil.

“Komen dia tak dididik dari kecil, saya dididik untuk tak bercakap baik tentang orang lain, walaupun saya yang terkena. Saya dididik untuk tak post wajah yang cantik tanpa nak educate orang lain.”

“Saya juga dididik untuk tidak gunakan hijab sebagai alasan untuk bercakap hal yang tak baik secara terbuka.”

“Pakai hijab ni tak memberi kebebasan kepada seseorang untuk bercakap hal yang tak baik kepada orang lain. Memang terbaik cara kamu tunjukkan sikap kamu kepada jutaan peminat kamu.”

Sementara itu, Puteri Balqis juga sempat meminta Mia Sara untuk perbaiki tulisan English terutama bab grammar.

“Dengan secara hormatnya, sila betulkan grammar sebelum nak tulis sesuatu tentang diri saya. Mak saya ajar saya proper English. Kami tak guna remp it slang macam kamu.”

Ini juga luahan serta nukilan hati dari Puteri Balqis.

“Melalui lafaz oleh lidah yang dizahirkan seseorang, ada manusia yang bahagia. Dan melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, ada juga manusia rasa menderita.”

Itulah komen dari Puteri Balqis, sehingga kini Mia Sara tidak ada membuat sebarang kenyataan.