Ahmad Iqbal memuji juri tetap iaitu Datuk Siti Nurhaliza, ketika menjaga air mukanya semasa memberi komen.
Ketika itu, Siti Nurhaliza bagaikan tergamam dan dilihat bagai tak tahu mahu memberi markah, namun akhirnya penyanyi tersohor ini memberikan markah sebanyak 25 markah.
Iqbal berterima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana telah menjaga hati dirinya ketika memberi markah.
“Saya pun kali pertama berdepan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, walaupun nampak jelas wajahnya tak tahu nak komen apa, tapi masih menjaga hati.”
“Punya teruk saya menyanyi, tapi dia masih lagi beri peluang pada saya. Saya rasa baiknya beliau, sampai macam tu nak jaga perasaan orang lain.”
Tentang komen Ajai, Iqbal kini akur dan mula dah menerimanya setelah menonton kembali persembahannya pada malam itu.
“Daripada abang Ajai tu sangat bagus sebenarnya, saya berterima kasih sebab beri komen yang membina, buat saya rasa seronok, beri effect membina.”
Ahmad Iqbal turut akui dia sampaikan muntah di atas sofa, setelah pulang dan menonton kembali persembahannya.
“Bila sampai rumah tu saya muntah di atas sofa, sebab terlalu banyak fikir tentang hal itu. Dan leaps tengok live semula, saya kata ya Tuhan, kenapa suara saya seburuk sampai macam tu. Saya malu.”
“Walaupun saya rasa saya bukannya penyanyi yang bagus, tapi ini adalah peluang yang datang hanya sekali saja.”
“Tapi masa nyanyi live tu, saya tak sangka ianya begitu teruk. Saya pun tak sedar yang bunyi nya macam tu.”
“Kemungkinana saya ni merupakan peserta paling teruk sepanjang empat musim Big Stage, tak apa, buang je la, kalau saya tak layak nanti, minggu kedua.”
Jelas Iqbal dia sememangnya seorang ahli perniagaan dan kalau boleh jangan disbanding dengan penyanyi lain.
“Saya merupakan ahli perniagaan dan bukannya penyanyi yang benar-benar. Oleh itu janganlah nak bandingkan saya umpama penyanyi dalam hal ni. Kenapa saya dapat sertai, ini rezeki saya dan saya layak sebab penuhi semua kriteria untuk join rancangan ini.”