Jika ditanya tentang persoalan berkait dengan jodoh, sudah semestinya setiap manusia mempunyai dan ada pasang impian untuk berkahwin dengan pasangan cinta hati masing-masing. Ini merupakan fitrah semula jadi bagi setiap naluri hati buat kaum adam dan juga hawa.
Baru-baru ini jadi viral apabila ada seorang jurugambar yang dikenali sebagai Nash Nasrul telah berkongsi pengalamannya menjadi juru gambar perkahwinan untuk satu pasangan warga emas.
Menurut Nash Nasrul lagi, dua merpati sejoli ini merupakan pasangan duda dan juga janda. Lelaki tersebut berumur 74 tahun manakala pasangannya pula berumur 67 tahun.
Pasangan pengantin baru yang sama cantik dan juga sama padan ini telah di takdirkan bertemu jodoh lagi sekali pada usia 74 tahun (lelaki) dan 67 tahun (pengantin perempuan). Jelas kelihatan di wajah kedua-dua mempelai mereka sangat bahagia dan ceria bersama.
Pengantin lelaki yang berusia 74 tahun yang memang layak di gelar sebagai atok ini jelas menunjukan fizikalnya masih kuat dan tegap serta sihat tubuh badan jika dinilai berbanding dengan umurnya.
Tak lepas juga pada pengantin perempuan yang berusia 67 tahun yang layak digelar nenek juga masih dalam fizikal yang sihat dan kuat.
Apa yang menarik dan mengejutkan ramai pihak apabila soalan di tanya pada pengantin lelaki yang berusia 74 tahun ini mengapa dia memilih untuk berkahwin lagi pada usia ini amat mengejutkan.
Jawapan yang diberikan oleh pengantin lelaki kenapa dia mahu berkahwin lagi kerana dia tinggal sendirian dengan jangka masa yang agak lama dan tujuan dia berkahwin adalah mahukan peneman untuk menghabiskan sisa hidupnya.
Dia mahukan peneman agar hidupnya ceria sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dan memilih untuk mencari teman sehidup sehingga akhir hayat.
Sememangya Allah itu Maha Adil dan penyanyang Dia telah mencipta semua makhluk di muka bumi ini secara berpasangan dan sememangnya fitrah anak Adam.
Mari kita doakan semoga pasangan warga emas ini bahagia hingga ke akhir hayat mereka serta dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa. Amin.