Okey tak lepas buat muka, tapi bengkak, Catriona Ross terus viral

3,543 views

Agak kecoh juga tentang pelakon popular Catriona Ross di laman media social. Ini apabila dari entri terbaru, pelakon berkenaan, dia ada muatnaik satu video yang viral juga.

Video itu menunjukkan Catriona Ross telah minta pandangan serta komen dari followernya dan para netizen tentang perubahan wajah yang dilakukannya.

Malah pada masa sama, pelakon ini telah minta tips cara bagaimana untuk kurangkan kesan bengkak (swollen face) yang dialami, dek kerana perubahan wajah yang dibuat itu.

Ini kata dari Catriona Ross di video itu: “You all rasa macam mana skarang lepas saya buat muka? Okay tak. Sebab saya rasa muka saya macam bengkak sangat sekarang ni. You all ada tips tak macam mana nak betulkan kita punya muka”

Ini pula caption dari Catriona Ross: “Member-member ada cakap kalau buat kat Korea bagus. Ingatkan saya boleh jadi rupa Jolie. Sekali, ni je rupa saya”

Kalau korang nak tahu, sebenarnya perubahan wajah yang dibuat oleh Catriona Ross hanyalah melalui satu aplikasi di telefon bimbit miliknya sahaja, ye buat pakai apps je.

Akan tetapi ramai yang ingat ianya adalah betul (iaitu Catriona Ross dah buat muka baru), malah ada yang menulis memberi peringatan buat pelakon ini agar jangan tukar wajahnya kerana ianya memang tak boleh dilakukan.

Ini antara komen dari netizen yang lurus, ingatkan video berkenaan adalah muka Catriona Ross yang dah diubah: “Ya tuhan kak. Kenapa macam gitu. Ni kira tidak bersyukur pemberian Nya. Muka tu dah elok kenapa nak diubah ciptaan Tuhan. Bukan semakin cantik tapi makin hodoh ada lah. Rasanya catriona yang dulu lagi cantik dari sekarang. Tidak payahlah nak ubah kita bukan semakin muda lagi kak oii”

Apapun, banyak netizen yang tahu ianya hanyalah gurauan dari Catriona Ross, dan ada followernya yang rasa lucu apabila ada sesetengah netizen yang jadi pembaris ingatkan video itu adalah wajah sebenar pelakon berkenaan.

Selain itu, ramai rakan artis yang turut menulis komen berasa lucu dengan Catriona Ross Ini antara komennya.

zizieizette: “Haha you are hilarious! Tak pasal I terjebak baca comment sampai ke bawah. Seriouslaaa netizen, so incredibly gullible and cepat sgt nak judge org. Chill laa”

sherryalhadad: “Kak ko memang kan kak”

Lagi sekali nak bagitahu semua bahawa Catriona Ross hanya bergurau sahaja dan video itu adalah guna apps di handphone, jangan salah faham ye.