Syanie umum berhijab sepenuhnya lepas bernikah

2,028 views

Pengantin baru, Syanie Hisham, telah buat keputusan apabila kini tampil memakai hijab dan ianya bermula sebaik sahaja dia bernikah dengan suami, Zahril.

Pelakon berumur 47 tahun ini, memang dah ada niat naik memakai tudung sepenuhnya dan akhirnya sempena hari pernikahan, Syanie teruskan niatnya itu dan kini terus memakai tudung menutup auratnya.

“Saya pernah cerita pada suami, masa tu kami masih lagi tunang, yang mana saya nak pakai tudung. Kemudian suami terus tanya bila saya berhijrah tu, tapi ketika itu saya tak ada jawapan yasng tepat.”

“Cumanya saya ada beri hint mungkin saya akan pakai tudung secara rasmi pada hari pernikahan. Suami memang menggalakkan perubahan tersebut.”

“Memang tak banyak soal dan tanya macam-macam, suami terus saja bersetuju. Syukur alhamdulillah, saya dah kotakan janji itu setelah kami diijabkabulkan, kini saya akan terus memakai tudung.”

“Suami jadi penyokong setia saya dalam semua keputusan yang diambil.”

Tentang karier lakonannya setelah memakai tudung, Syanie berkata di akan tampil dengan imej tersebut menerusi filem terbaru lakonannya berjudul Hantu Kuat Ketawa.

Filem itu mengganding Syanie dengan Saiful Apek dan merupakan arahan kedua buat Mawi.

Syanie memberitahu, memang wataknya dalam filem berkenaan adalah seorang wanita yang memakai tudung.

“Saya setuju dengan tawaran dari Mawi. Penggambaran filem ini akan bermula minggu depan. Saya amat excited sekali sebab saya berganding dengan Apek. Ini satu imbasan memori.”

“Sebelum banyak filem berlakon bersama seperti filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul. Memamg rindu nak berlakon semula dengan Apek. Terima kasih kepada Mawi sebab gandingkan kami sekali lagi.”

Diimbas kembali, Syanie bernikah buat kali ketiga kepada Zahril yang bekerja sebagai financial consultant pada tarikh 19 Februari 2021.