Kes pinjam RM720ribu, ini penjelasan Mawar Karim “Individu bernama S tak habis lagi”

19,015 views

Ramai yang tak sangka, tiba-tiba keluar pula kisah yang mana mengatakan bekas isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Karim atau Mawar Fareeda, kini telah disaman.

Saman itu dilakukan kerana Mawar Karim tidak dapat membayar wang yang dipinjam sebanyak RM720ribu.

Dari laporan terdahulu, Mawar dikatakan telah meminjam wang berkenaan dari seorang individu bernama Nabil pada 7 Jun 2021.

Satu saman dibuat ke atas Mawar Karim kerana dikatakan lari dari membayar pinjaman berkenaan dalam tempoh 7 bulan dari tarikh berkenaan.

Mawar Karim juga dikatakan tidak dapat dihubungi secar bulan Oktober tahun lalu oleh individu bernama Nabil itu ketika cuba meminta wang yang dipinjam oleh Mawar.

Oleh itu tindakan mahkamah dilakukan dan kini Mawar Karim berdepan pengisytiharan bankrap jika tidak dapat membayar wang berkenaan.

Tidak hanya berdiam diri, akhirnya Mawar Karim telah memberi respwon tentang hal ini.

Menerusi satu hantaran di IG Story di akaun Instagram miliknya, Mawar menjelaskan bahawa ada pihak yang cuba malukan dirinya.

Mawar memberi hint bahawa individu itu bermula dengan pangkal huruf S.

“Wahai individu bernama S, tidak habis-habis lagi ye nak buat cerita yang tak betul tentang diri saya ni. Tahun lepas ada kisah tentang saya ditahan di sekatan jalan raya, kini setahun lepas tu kata saya lari dari hutang, sampai nak bankrap pula dah.”

“Mahu buat saya malu kepada satu Malaysia ye, jangan satu hari nanti terbalik pulak ceritanya. Orang memang tahu siapa gerangan individu bernama S ini.”

Itulah yang ditulis oleh Mawar menjelaskan bahawa ada pihak bernama S yang cuba menjatuhkan reputasi dirinya. Siapa agaknya si S ini.

Diimbas kembali, seperti yang Mawar jelaskan, tahun lalu, semasa perintah kawalan pergerakkan masih ada, nama Mawar pernah naik sekali, kononnya dirinya ditahan di satu sekatan jalan raya. Malah nama Mawar turut dikaitkan dengan seorang indivdu terkenal ketika itu.