Kronologi penuh kes mahkamah Mawar Karim, tak bayar hutang RM720ribu

10,487 views

Ahli perniagaan yang terkenal iaitu Mawar Karim berdepan bankrap kerana dikatakan telah ingkar dengan perjanjian dan tak membayar wang pinjaman.

Wang pinajaman itu bukannya sedikit malah ianya melibatkan sejumlah wang sebanyak RM720000.

Pinjaman berkenaan di buat kepada seorang sahabatnya juga yang bernama Nabil Mat Jahya.

Dari laporan portal Mstar, pinjaman berkenaan dibuat untuk tujuan modal memulakan business.

Kronologi kes ini, ianya bermual pada 7 Jun 2021. Mawar telah meminjam wang dari Nabil.

Dari perjanjian bertulis di antara kedua pihak, Mawar sepatutnya membayar pinjaman berkenaan secara ansuran atau pun dalam jumlah yang penuh dalam tempoh yang dipersetujui iaitu selama tujuh bulan dari tarikh pinjaman dilakukan iaitu pada bulan Jun 2021.

Pihak peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith, kini dah lebih dari 10 bulan, dan Mawar Karim telah gagal membayar dan selesaikan hutang berkenaan.

Satu notis tuntutan pembayaran hutang itu telah dihantar kepada Mawar namun sehingga kini masih lagi tiada sebarang jawapan.

Pihak Nabil Mat Jahya kemudian telah failkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada bulan Januari lepas.

“Pihak mahkamah telah keluarkan penghakiman ingkar kehadiran sebab tiada sebarang respon yang diterima dari Mawar.”

“Mawar hendaklah bayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank milik Mawar.”

“Sekiranya jumlah wang dalam bank tak cukup, permohonan untuk pengisytiharaan bankrup boleh dilakukan termasuklah jualan lelong harta milik Mawar.”

Peguam turut memberitahu, kali terakhir Nabil Mat Jahya dapat berhubung dengan Mawar ialah pada bulan Oktober yang lalu.

“Nabil ada cuba contact Mawar sebanyak beberapa kali namun tak ada maklum balas. Pihak Mawar kini boleh jawab secara terus atau boleh juga melalui lantikan peguam kerana kes ini dah jadi kes mahkamah.”

Itulah kes Mawar Karim, iaitu bekas isteri kepada Fizo Omar. Mawar amat terkenal dengan jenama tudung miliknya iaitu tudung jenama Fareeda.