Ketua Polis Kulim arah siasat Masya Mashitah

4,593 views

Pihak Polis telah membuat kenyataan siasatan akan dibuat setelah penyanyi, Masya Masyitah balik ke kampung ke Kedah bersama emaknya.

Mereka pulang ke kampung setelah mendapat kebenaran menggunakan surat merentas negeri berdasarkan faktor perhubungan jarak jauh emaknya dengan ayah.

Melalui laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kulim iaitu Superintendan Azhar Hashim mengesahkan telah buat arahan untuk siasatan dijalankan.

Ini kenyataan dari pihak polis: “Setakat ini saya boleh cakap, siasatan masih dijalankan dan kita akan lihat sama ada adakah betul apa yang viral di laman media. Jika ada unsur yang salah undang-undang, tindakan tegas akan diambil kepada penyanyi berkenaan.

Kenyataan itu dibuat oleh Superintendan Azhar ketika hadir membuat pemeriksaan di road block di sebuah plaza tol di Kedah.

Sebelum ini Masya da membuat kenyataan bahawa emaknya telahpun bertanya kepada pihak polis sama ada Masya boleh pulang ke Kedah mengikutnya, dan jawapan pihak polis ialah boleh.

Tiada istilah orang kayangan sampai saya dan ibu boleh pulang sambut hari raya tahun ini. Semasa pergi ke balai polis untuk dapat surat perlepasan, kami dilayan sama dan perlu beratur panjang. Setelah giliran tiba, mak beri segala butiran dokumen untuk pulang ke Kulim.

Mak ada tanya pegawai polis adakah saya boleh ikut balik sekali dan jawapan yang diberikan adalah boleh. Ayah juga ada kata bahawa had satu kereta adalah tiga orang.

Apapun, saya nak minta maaf kepada semua yang terasa. Saya tahu kenyataan saya dan mak dapat balik kampung membuatkan ada hati rakyat Malaysia yang terguris, sebab mereka tak dapat pulang.

Masya Mashitah menjelasakan maknya tak memberi izin dia duduk di Kuala Lumpur seorang diri, oleh itu maknya telah duduk di Kuala Lumpur menemaninya. Ayah Masya turut memberi izin kepada maknya untuk menjaga Masya di Kuala Lumpur.

Share this on...