“Lebih teruk jaga Lara Alana, dia masih tak terima kehadiran adiknya”

11,799 views

Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini menyambut kedatangan hari raya dengan kehadiran ahli keluarga yang baru iaitu anak kedua mereka, Lyla Amina.

Sudah tentu kehadiran cahaya mata baru ini membuatkan suasana raya lebih berbeza dan bertambah meriah.

Namun melalui satu temubual dengan Mstar, pasangan ini akui bahawa Lara Alana masih kagi belum dapat menerima kehadiran adiknya dengan baik.

Jelas Scha Alyahya, menjaga Lyla Amina adalah lebih mudah kerana dia sudahpun mempunyai pengalaman sebelum ini. Jelasnya, Awal Ashaari juga banyak membantunya malah dia juga ada pembantu.

Namun apa yang menjadi lebih sukar ialah untuk menjaga Lara Alana, kerena anak sulungnya itu kini mahukan perhatian yang lebih sejak kehadiran adiknya, Lyla Amina.

Sudah biasa menjadi anak tunggal, Lara Alana yang kini berumur 6 tahun dilihat lebih mengada. Ini komen Scha Alyahya.

Nak jaga Lyla Amina senang sikit dah. Sebab saya kan dah ada pengalaman jaga Lara dulu.”

Sebenarnya sekarang ni yang nak kena jaga lebih teruk adalah Lara Alana lah, kerana sekarang ni boleh cakap dia dah jadi lebih mengada-ngada, sebab dia kadangkala jealous dan nak attention lebih.

Saya kena jaga perasaan Lara lagipun adik dia masih kecil lagi kan.

Ini pula komen dari Awal Ashaari yang akui Lara masih belum biasa dengan kehadiran adiknya.

Sekarang ni cabarannya adalah untuk bagi Lara Alana untuk biasakan diri dengan adik dia, kerana dia dah terbiasa hidup sebagai anak tunggal.

Bila ada ahli baru ni dia macam belum masih boleh terima lagi. Dia macam jadi takut. Dia rasa kena kongsi dan privacy dia kena invade.

Kita selalu kata pada Lara, ini adik awak dan tak perlu nak bersaing dengan adik awak.

Scha Alyahya dan Awal Ashaari berkahwin pada 4 Mei 2012 dan antara pasangan selebriti yang paling popular di Malaysia..