khairul aming ada haters
khairul aming dikecam

Khairul Aming akui dikecam, ada haters

110 views

Influencer paling terkenal di Malaysia tak lain tak bukan ialah Khairul Aming

Pemuda berumur 31 tahun ini, dikenali ramai dengan video memasak di bulan Ramadhan. 

Video memasaknya semua menjadi tular, lantas membuatkan namanya mencanak naik. 

Apabila nama sedang meniti di puncak, Khairul Aming meneruskan lagi rentak positifnya dengan mengeluarkan produk makanan. 

Khairul Aming mengeluarkan dua produk sambal, dan kedua duanya laku keras. 

Dari segi penerimaannya oleh masyarakat, Khairul Aming boleh dikatakan selalu diangkat sebagai ikon remaja dan anak muda yang berjaya. 

Semua content darinya amat bermutu, dan Khairul Aming langsung tak ada terlibat dengan sebarang isu mahupun kontroversi. 

Bukan itu saja, perniagaan yang dijalankan juga amat berjaya. 

KHAIRUL AMING ADA HATERS 

Kebanyakkan orang ramai memberi komen yang positif kepada Khairul Aming. 

Namun rupanya, Khairul Aming mengaku bahawa dirinya masih ada menerima kecaman dari sesetengah pihak. 

Tetapi katanya, komen yang diterima tidaklah keterlaluan.  

Ini pendedahan dari Khairul Aming melalui satu temubual di portal Mstar.

 “Ada yang kata Khairul Aming tak ada haters itu tipulah.”  

“Taklah terlalu banyak sangat orang yang mengecam saya.”  

“Antara benda yang mereka kecam tentang peribadi saya, tentang badan, ada juga yang kata video saya ni bosan. Selain itu, ada juga cakap tentang produk saya, kata dendeng tidak sedap, sambal saya overrated.” 

“Saya faham benda macam ni sesuatu yang normal.” 

“Tapi saya tak galakkan lah selalu terjadi.” 

“Saya ni juga manusia, ada perasaan.” 

“Tapi saya dah 8 tahun bermula, jadi saya dah adapt tentang hal sebegini.” 

PESANAN DARI KHAIRUL AMING 

Tentang komen yang kurang baik ini, Khairul Aming meminta semua pihak untuk selalu jaga dalam penulisan dan juga kata-kata. 

“Saya nak berpesan, berjagalah dengan kata-kata di online.” 

“Untuk adik-adik yang baru berjinak dalam media sosial, mereka tidak boleh hadam kecaman.”  

“Oleh itu saya minta ibu bapa untuk pantau anak-anak supaya tidak terlalu terdedah dengan pembulian siber ini.” 

Itulah sedikit komen dari Khairul Aming. 

Khairul Aming baru-baru ini telah memecahkan rekod untuk penjualan porduk di laman platform online Shopee dan juga Tik Tok. 

Produk keluaran Khairul Aming memang laku keras, sehingga selalu saja sold out.