Yassin Senario hanya salahkan diri sendiri
Yassin Senario akur kesilapan masa lalu

“Itu salah saya sendiri” Yassin Senario

666 views

Salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya pernah menjadi selebriti paling diminati satu masa dulu. 

Lawak dengan wajah bersahaja, membuat Yassin mendapat tempat di hati para penonton. 

Sudah berumur 46 tahun, Yassin Senario akui, sepanjang bergelar selebriti banyak turun naik yang terpaksa dihadapi dirinya.  

Antara isu paling diingati ialah apabila Yassin terlibat dengan kes membabitkan salah guna bahan terlarang. 

Bercerita tentang isu berkenaan, Yassin Senario menganggapnya sebagai satu ujian dan juga takdir yang dah tertulis buat dirinya. 

Pengalaman lama itu, telah memberi banyak pengajaran kepada dirinya. 

“Saya sebenarnya bersyukur juga sebab kesilapan lama saya dulu berlaku di usia masih muda, kalau berlaku sekarang mungkin saya lebih teruk.” 

“Apa pun terjadi, saya tak pernah putus asa dalam kehidupan kerana saya amat percaya bahawa Allah uji seseorang itu untuk mengangkat darjat hamba Nya.” 

“Jika nak cerita kisah lama tu, rasanya dah boleh jadi dokumentari tetapi saya pun tak mahu lagi ingat kerana yang penting diri saya sekarang dan masa depan.”  

“Memang tak dapat lari dari ujian, tak berimanlah kamu selagi kamu tidak diuji.” 

Apa yang terjadi itu, bagi Yassin merupakan salah dirinya sendiri.  

“Saya tidak pernah nak menyalahkan sesiapa dengan apa yang jadi sebelum ini. Saya salahkan diri sendiri saja, itu nasihat ibu saya yang saya pegang sampai sekarang ni.” 

Yassin juga berkata, tindakannya untuk sertai kumpulan Senario tak akan dilupakan. 

“Moment bersama dengan kumpulan Senario tak akan saya lupakan. Sehingga hari ini tak ada istilah pun kami bergaduh.” 

“Kami semua sudah dididik dari dulu agar sentiasa memaafkan antara satu sama lain sebelum melakukan kerja yang baru.” 

“Kalau bergaduh pun tak lama sebab kami sudah bagaikan adik beradik.” 

Itulah kisah Yassin Senario tentang masa silamnya yang sedikit sebanyak mencalarkan nama baiknya.

Yassin bermula menerusi rancangan realiti Sinaran Passport Kegemilangan pada tahun 1998.

Kemudian barulah Yassin Yahya diserap bersama kumpulan Senario dan namanya mula mencanak naik.