Kisah majlis merisik pakai baju Mickey Mouse

1,288 views

Satu video menjadi viral di Tiktok, apabila seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika dirisik oleh jejaka pilihan hatinya. 

Wanita bernama Arina, 28 tahun, menunjukkan majlis merisiknya, yang mana ianya dijalankan dengan amat simple atau mudah sekali. 

Hanya memakai baju tshirt lengan panjang, dengan logo Mickey Mouse, ianya lantas menjadi tumpuan warga netizen. 

Jelas Arina, majlis berkenaan merupakan kenganan lama, pada tahun 2020, yang mana dia dirisik keluarga lelaki yang kini dah pun bergelar suaminya. 

Arina kini dah pun berkahwin dengan jejaka berkenaan bernama Syafiq, dan sudah 4 tahun bahagia hidup bersama. 

KISAH MERISIK 

Jelas Arina, ketika majlis merisik itu, pihak Syafiq tidak ada memberitahu mahu datang ke rumah keluarganya. 

Syafiq tidak memberitahu niat dia mahu merisik ketika itu.   

“Masa tu bulan Jun 2020, semasa Perintah Kawalan Pergerakan, masa tu tempat saya di Muar dah diberi kelonggaran rentas daerah.”  

“Ketika itu, saya di rumah atuk sedang bantu dia usahakan warung.” 

“Warung atuk tu depan rumah dan berdekatan dengan rumah family saya.”  

“Tiba-tiba Syafiq mesej cakap nak datang makan di warung, ibu dan ayah dia pun masa tu ada ikut sekali. Saya pun cakap okay, tak fikir apa sangat lah.” 

Kata Arina, dia sudah lama kenal dengan Syafiq, iaitu sejak 2019. Namun tak sangka kehadiran keluarga jejaka berkenaan adalah untuk merisiknya.  

“Saya kawan dengan Syafiq sejak 2019, jadi tiada rasa kekok.”  

“Syafiq sampai dan pesan makanan seperti biasa. Kemudian saya lihat ibu bapa Syafiq pergi berborak dengan ibu bapa saya, mereka pun ada kat warung masa tu.” 

“Masa tulah terbongkar hasrat Syafiq merisik saya, pandai dia sembunyikan.”  

“Rupanya dia dah siap beli cincin, waktu tu Syafiq bagi mak dia pegang cincin berkenaan.”  

“Cincin tu Syafiq beli sendiri, dia yang keluar seorang pergi cari.” 

SARUNG CINCIN DI DAPUR 

Apabila dimaklumkan mahu merisik, Arina masuk ke dapur untuk disarungkan cincin.  

“Mulanya ingat nak sarung cincin di warung saja tetapi segan pula kalau pelanggan lain nampak.” 

“Kami pun masuk dapur belakang. Saya cabut apron dan cepat-cepat terus saja kemas apa yang patut.” 

“Memang mengejut sangat sampai tak da persediaan, sebab tu dalam gambar boleh nampak ada pisau, penyapu dan sebagainya dekat belakang.” 

TAK SEMPAT TUKAR BAJU 

Kata Arina, di warung tu, tak ada pun pakaiannya, jadi dia hanya pakai tshirt itu saja. 

“Sebab ada di rumah atuk, memang tak ada langsung baju saya. Semua pakaian ada kat rumah.” 

Oleh itu, Arina hanya mengenakan tshirt dengan gambar Mickey Mouse itu. Maka terjadi majlis merisik yang amat simple sebagai memori mereka berdua. 

Apa yang menarik perhatian juga, gambar berkenaan menampakkan keadaan suasana kampung, siap ada pisau di selit di tepi dinding lagi.

DAH SELAMAT KAHWIN  

Arina dan Syafiq kemudian bertunang selepas dua bulan merisik. Kemudian pada tahun 2021, mereka berdua telah disatukan sebagai suami isteri. 

Ini gambar mereka berdua bertunang dan bersanding. 

Majlis tunang
Majlis nikah

Semoga pasangan ini akan berbahagia selalu.