Ira Kazar pula failkan permohonan di mahkamah

420 views

Nampaknya kisah rumah tangga pengarah Syamsul yusof dan isterinya Ira Kazar masuk ke fasa baru pula. 

Mulanya Syamsul fail penceraian ke atas Ira Kazar pada 19 Ogos lepas. 

Kali ini, Ira Kazar pula failkan permohonan di mahkamah.

Menerusi satu kenyataan dari peguam, Ira, 29 tahun, telah buat satu permohonan pengesahan taklik yang dikatakan dibuat oleh pengarah berkenaan.  

Ira menfailkan permohonan berkenaan pada 27 Ogos yang lalu. 

Peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais menyatakan pengesahan lafaz taklik berkenaan ada kaitan dengan hantaran yang dibuat oleh Ira di laman media sosial miliknya. 

“Ira dikatakan telah melanggar taklik. Ada kaitan dengan perbuatan Ira dengan posting dilakukan di laman sosial media.”  

“Selepas Syamsul failkan penceraian, Ira pula failkan kes lafaz taklik. Oleh itu kita cuma selesaikan isu lafaz taklik.”  

“Lafaz taklik ini akan disiasat oleh pihak mahkamah untuk melihat samada Ira langgar taklik atau pun tidak. Kita akan lalui siasatan dan juga perbicaraan.” 

Itulah kisahnya, yang mana kini Ira Kazar pula failkan permohonan di mahkamah.

Kedua dua Syamsul dan Ira hadir ke mahkamah sekitar jam 9 pagi. 

Ini untuk hadiri sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai taklik.  

Syamsul ketika diminta pihak media untuk mengulas, bagaimanapun meminta semua untuk tunffu saja keputusan dari pihak mahkamah.  

“Saya baik saja, syukur alhamdulillah. Komen saya, kita tunggu selepas perbicaraan di mahakamah.”  

Ira pula ketika ditemui pihak media, tidak mahu memberi sebarang ulasan tentang kes nya dengan Syamsul itu. 

Kes ini akan dibicarakan semual pada hujung b ulan September kelak.  

Untuk info, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand, yang mana Ira menjadi isteri keduanya. 

Ketika itu, Syamsul masih lagi meruapkan suami kepada Puteri Sarah Liyana.  

Syamsul dan Puteri Sarah mengakhiri perkahwinan mereka pada bulan Jun yang lalu.