Komen manager pelakon 23 tahun ditahan sebab larikan isteri orang

3,596 views

Semalam pasukan bawang tanah air sibuk mencari individu yang merupakan seorang pelakon berumur 23 tahun kerana ditahan pihak polis kerana didakwa larikan isteri orang.

Laporan awal memberi gambar pelakon itu pernah membintangi beberapa drama dan juga filem, dan akhirnya rata-rata mengatakan indovidu itu mungkin pelakon baru bernama Shah Radhi Hazvee.

Menjawab persoalan berkenaan, pengurus kepada Shah Hazvee iaitu Leana Sharif tampil buat kenyataan awal.

Dikatakan wanita berstatus isteri orang itu bukanlah Leana Sharif tetapi bekas pengurusnya sebelum ini.

Malah jelas Leana, dia tak dapat nak buat sebarang kenyataan lanjut ketika ini sebab isu ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

“Bagi kes Shah Hazvee ni, ye memang betul. Memang Shah Hazvee telah direman semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Kes ini sedang menerima siasatan pihak polis.

“Oleh itu saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan kerana boleh ganggu kerja polis.

“Cumanya, apa yang boleh saya khabarkan adalah isu mengatakan bahawa Shah Hazvee larikan isteri orang itu adalah tidak betul dan amat bercanggah”.

“Kata polis mungkin dia kena reman empat hari. Lepas tempoh tahanan reman habis, baru kami boleh buat staement. Sekarang, saya hanya boleh sahkan yang Shah Hazvee memang kena tahan”.

Dalam perkembangan terkini, Leana ada neritahu patut kena tahan sampai Sabtu, tetapi mungkin pelakon itu dibebaskan awal pada hari ini.

“Patut kena reman empat hari tetapi hari ini dia akan dibebaskan, insyaallah” katanya manager kepada Shah Hazree itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, mengesahkan penahanan pelakon muda itu dan sedang buat siasatan lanjut.

Jika sabit kesalahan Shah Hazree boleh kena dakwa bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu pikat, bawa pergi atau tahan seorang wanita yang dah ada suami dengan niat.

Sebelum ini, dikatakan seorang suami dalam lingkungan 38 tahun buat report setelah melihat isterinya tak ada dan keluar dari rumah tanpa izin mengikuti seorang lelaki yang dikenali. Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam, hari Isnin yang lepas.

Suami berkenaan ada dapat tahu bahawa pelakon itu dan isteri saling berhubung dan pelakon berkenaan telah pikat isterinya.

Antara lakonan Shah Hazvee ialah filem Pinjamkan Hatiku, 8belas, drama Monalisa dam drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu.

Share this on...