Mana suaminya, peminat tanya Laudya Cynthia Bella, bergambar raya seorang sahaja

3,035 views

Menjelmanya hari raya, selalunya para artis akan berlumba-lumba untuk muatnaik gambar bersama insan tersayang. Sebenarnya orang biasa pun akan muatnaik gambar dengan keluarga, apatah lagi artis yang mempunyai jutaan peminat.

Namun lain pula halnya dengan pelakon popular dari negara jiran iaitu Laudya Cynthia Bella. Raya kali ini, Laudya Cynthia Bella hanya muatnaik gambar sendirian tanpa suami di sisi.

Pelakon dan penyanyi ini telah kongsi sekeping gambar dirinya seorang ditemani beg tangan sahaja ketika buat ucapan ketibaan bulan Syawal. Memang tak ada kelihatan suaminya iaitu Engku Emran.

Ini sekaligus mengundang pelbagai komen dari peminat yang tertanya-tanya dimanakah si suami.

Laudya Cynthia Bella telah upload gambar ucapan sempena sambutan hari raya aidil fitri dan kemudian upload gambar dirinya seorang memakai baju warna putih.

Ini ucapan dari Laudya Cynthia Bella: “Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Semoga Allah terima semua amalan kita selama kita lakukan pada bulan Ramadhan yang lalu dan ampuni segala kesilapan kita.”

Selamat hari raya from ours iaitu diri saya dan juga beg serta selendang favorite”.

Kalau ikutkan sebenarnya post berkenaan adalah satu iklan berbayar untuk iklankan beg itu.

Namun, para follower Laudya Cynthia Bella dari negara jiran telah menulis komen dan bertanya di mana suaminya iaitu Engku Emran.

Mengapakah tidak ada gambar dengan suaminya, mana dah perginya? Tidak pernah nampak pun gambar kalian berdua.”

Ini merupakan hari raya aidil fitri, dimanakah gambar keluarga”. Itulah antara komen yang ditinggal oleh para followernya.

Seperti biasa, Laudya Cynthia Bella mengambil tindakan berdiam diri sahaja. Walaupun pelbagai spekulasi yang timbul Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran tidak membuat sebarang kenyataan.

Diimbas kembali, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran telah disatukan sebagai suami isteri pada tarikh 8 September 2017 di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Engku Emran mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu dengan Erra Fazira.