Label perkahwinan penuh toksik, Lufya dan suami berbalas kenyataan

4,237 views

Nampaknya kes perkahwinan pelakon Lufya dan suami Dr Che Hafiz semkain menjadi perhatian. Lufya Omar meluahkan rasa kesal dan amat terkilan apabila suaminya telah tidak datang ke mahkamah pada sebutan kes permohonan penceraian mereka berdua hari ini.

Ini kenyataan dari Lufya apabila suami nya tak dating: “Sy rasa terkilan kerana hal ini boleh diselesai dan disembuhkan dgn segera. Ianya bukan melibatkan soal saya dan dia saja, tetapi anak kami juga turut terlibat. Saya kena cepat sembuh daripada kesakiitan ini. Selama ni, saya seperti kena derra jiwa ini. Sapa yg nak kawin dan cerrai, tapi sy dah dapat pertunjuk sebaliknya. Sy tak nak lagi terus ada dlm perkahwinan yg penuh toksik ni”

Lufya menegaskan bahawa suaminya dah pun diberikan peringatan dan notis awal untuk datang ke mahkamah, akan tetapi dia gagal buat begitu.

Dalam pada itu, apabila pihak media Tanya tentang tindakan suami buat report polis kerana penyataan Lufya yang dikatakan tidak betul, Lufya berkata di berani kerana benar.

Ini komennya: “Sy berani sebab benar. Nak samaan pun saya dah sedia”

Lufya turut mendedahkan bahawa dia dah lebih empat bulan digantung tak bertali.

Suami kepada Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz tak berdiam diri. Apabila ditanya tentang dakwaan dari Lufya yang dia dah lebih 4 bulan digantung tak bertali dan tak dating ke mahkamah.

Ini respon balas Dr Che Hafiz: “Gantung tak bertali? Itu kena tanya pihak plaintif (Lufya) sbb dia yg dakwa begitu. Jadi, dia yg kena jelaskan. Ini adalah isu babitkan rumah tangga kami dan plaintif dah pun failkan kes. Jadi, bira mahkamah yg menentukan”.

Tentang kenapa dia tak datang ke mahkamah, Che Hafiz memberitahu bahawa hal berkenaan dah dimaklumkan kepada pihak mahkamah.

Ini jelasnya: “Isu tak datang ke mahkamah hari ini sebenarnya sy dah berurusan dgn mahkamah dan nyatakan tentang hal ini. Kerana itu, sy tak ada apa yg nak diulas ttg hal ini”.

Untuk makluman, Lufya berkahwin dengan Che Hafiz pada tahun 2016. Mereka berdua telahpun dikurniakan seorang anak perempuan kini baru berumur 2 tahun.