Nama Mamat sinonim dengan kumpulan Sepah, juara Raja Lawak dan juga Maharaja Lawak. Namun kini kumpulan ini dahun berpecah dan Mamat bergerak sendirian sementara Shuib dan Jep buat group lain di beri nama Sepahtu.
Namun kali ini bukan nak cerita tentang kisah itu, tetapi kali ini kita bercerita tentang kisah Mamat Sepah dengan tunangnya.
Mamat Sepah dah pun bertunang dengan pilihan hatinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah dan merupakan seorang anggota polis. Kata Mamat, buat masa sekarang, dia masih nak rahsiakan nama tunangnya itu. Tapia pa yang penting, tunangnya itu amat faham kerjaya Mamat sebagai selebriti.
Ini komen Mamat: “Syukur tunang paham dgn kerja saya sebagai seorang yang dulunya lebih kepada permotoran dan juga dalam bidang lawak. Dan sy juga perlu memahami kerjaya dia sebagai seorang anggota polis yg nak jaga keamanan negara serta orang awam”
Menerusi satu temubual, Mamat Sepah telah mendedahkan macam mana dia boleh berkenalan dengan wanita berkenaan.
Sebenarnya, mereka berkenalan di ibu pejabat balai polis Shah Alam, ini pendedahan Mamat.
“Ketika itu saya pergi ke balai untuk tarik report untuk menolong seorang rakan. Kemudian, saya nampak dia berdiri di satu sudut sambil memegang pistol.
“Dia yang mula tegur ‘Mamat Sepah ke’. Saya jawab ‘Ya puan, kenapa ya?”
“Lepas tu, dia nyatakan bahawa kes berkenaan dia yang kendalikan. Saya kemudian mintak nombor telefon dia dengan niat supaya kes itu diselesai dengan cepat.
“Diam tak diam, kami saling mengenali hati budi masing-masing dan saya mula perkenalkan dirinya pada ibu saya. Dan kemudian ibu saya bersetuju dengan pilihan saya”
Kata Mamat, dia dan tunangnya itu mengikat tali pertunangan pada tahun lepas dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Tetapi, Mamat mendedahkan dia kena tangguh perkahwinannya.
Baca sebab Mamat tangguh kahwin: “Kalau ikut rancangan, memang kami nak langsung pernikahan pada bulan 12 tahun ini, namun terpaksa tunda. Ini sebab sy kesibukan kerja dan mahu fokus untuk pertandingan MLM yang akan bermula pada 1 November ini. Kalau tak ada aral melintang, insyaallah kami akan bernikah pada tahun 2020 tapi tak ada tarikh lagi”
Ini merupakan kali ketiga Mamat tanguh kahwin (iaitu pada Mac dan April tahun ini). Ketika itu dia sibuk dgn beberapa projek dan juga terlibat dalam filem Remp-It 2.
Apapun, kata Mamat Sepah, dia menganggap wajah tunangnya persis wanita Korea kerana memiliki kulit putih gebu. Untunglah Mamat. Cepatlah kahwin ye.