“Tak kelakar” Nabila Razali terasa hati lawak Atu Zero, kata dia tak boleh nyanyi live

743 views

Percakapan walaupun hanya gurauan kadangkala boleh mengguris hati seseorang. Sungguhpun yang mengungkapkan itu tak perasan, tetapi orang yang terpalit sudah tentu akan sentiasa terasa hati. 

Itulah yang dirasai oleh penyanyi dan pelakon Nabila Razali baru-baru ini. 

Ianya gara-gara perkataan yang diungkapkan oleh pelawak Atu Zero yang menyatakan bahawa Nabila Razali tak boleh menyanyi live. 

Hal ini berlaku ketika Atu Zero menjadi juri untuk rancangan hiburan The Masked Singer Malaysia. 

Semasa seorang peserta selesai menyanyikan lagu milik Nabila Razali, Atu memberi komen bahawa disebalik topeng itu bukannya Nabila Razali kerana Nabila tak boleh menyanyi live. 

Tapi Nabila Razali tak boleh nyanyi live kan, betul kan.” Kata Atu. 

Melihat komen sedemikian menjadi bahan jenaka, Nabila Razali telah menulis luahan hatinya mellaui satu hantara di Instagram. 

Jelas penyanyi ini, dia merasakan hal itu langsung tak kelakar dan akui dirinya terasa hati. 

Bagi Nabila Razali, hal sebegini tak patut dijadikan bahan jenaka apatah lagi dari rakan artis sendiri. 

“Mungkin bahan lawak sebegini adalah kelakar untuk sesetengah orang, tapi bagi saya tak kelakar pun.” 

“Saya pun setiap tahun cuba untuk perbaiki nyanyian saya, peminat yang setia pun mesti tahu.” 

“Kepada pelawak di luar sana, sila cari bahan yang lebih baik untuk dijadikan jenaka.” 

“Saya kecewa, mungkin cara menjatuhkan orang ini untuk naikkan diri sendiri.” 

Ini luahan penuh dari Nabila Razali tentang isu ini. 

Apa yang diperkatakan oleh Nabila Razali ini ada betulnya juga. 

Walaupun Atu Zero mungkin bercakap sekadar jenaka, namun ianya tetap mengguris perasaan hati Nabila Razali yang sedaya upaya mahu improve nyanyiannya. 

Semoga hal yang terjadi kepada Nabila Razali ini tak akan berlaku lagi.