Lagi gambar Kinah dan kekasih, ramai yang beri komen kurang senang

271,888 views

Pelakon Sharifah Sakinah telahpun berpisah dengan bekas suami juruterbang bernama Aliff Adha pada tahun ini.

Selepas beberapa bulan, Sharifah Sakinah akui kini sedang kenali hati budi seorang jejaka. Dari komennya, jejaka berkenaan merupakan mat salleh iaitu berasal dari negara eropah dan mempunyai minat yang sama dengannya iaitu sangat suka bersenam dan exercise.

Baru-baru ini, Sharifah Sakinah ada muatnaik satu video menunjukkan dirinya dan jejaka berkenaan sedang membuat satu rutin exercise bersama.

Video itu menerima tontonan yang amat banyak sekali, maklumlah ramai yang nak tengok kekasih hati baru Sharifah Sakinah.

Jejaka berkenaan bernama Michael Hansen berasal dari negara Sweden dan umurnya sepuluh tahun lebih dari umur Kinah.

Baru-baru ini juga, kakak kepada Sharifah Sakinah iaitu Sharifah Shahira yang lebih mesra dengan nama Shiera Ijoy, telah muatnaik gambar adiknya itu dengan Michael.

Melihat keterbukaan Sharifah Sakinah berkongsi gambar jejaka berkenaan, ramai netizen dan orang ramai mula memberi komen dan pandangan mereka.

Memang banyak yang meluahkan rasa kurang senang degan perkongsian dari pelakon ini. Sampaikan ada yang nak unfollow Shirajoy kerana tayang gambar mesra Kinah dan kekasih mat salleh nya itu. Ini antara komen dari netizen.

 “Umur dah berusia patutnya dah bolehlah khatam benda baik dan benda yang buruk. Entahlah, hari itu dah unfollow Sharifah Sakinah, nampaknya ini kena unfollow shieraijoy pulak la ye”. Itulah yang ditulis oleh seorang netizen bernama Affnie Jalil

Ada juga yang memerli Sakinah seperti yang ditulis oleh Sarah Zakaria: “Lelaki macam ini la kinah suka, boleh lah nak buat ape yang dia suka tanpa ada yang nak tegur, bravo kinah.

Sementara itu seorang pengguna bernama Zaff Airil mempersoalkan kenapa perlu tayang gambar mesar antara kinah dan kekasihnya: “Tak ada rasa segan kah tak kahwin lagi dah sibuk post tayang macam gitu. Kenapa rasa bangga sangat ke sis, akhir zaman”.

Dalam pada itu Michael Hansen juga sudah mempunyai laman media instagram dan ada beberapa kali muatnaik gambar bersama Sharifah Sakinah.