“Menyampah ingat dia sorang kahwin” Ada tak suka, ni respon Mira Filzah

15,402 views

Sejak mereka berdua berkahwin, selalu saja nampak berita tentang pasangan Mira Filzah dan suaminya Wan Emir di portal hiburan. Apa sahaja yang mereka lakukan terutama di media sosial terus jadi bahan berita.

Kerana terlalu kerap, ada netizen yang mula meluat dan kurang suka melihat lambakkan berita tentang pasangan baru berkahwin ini.

Antara beritanya seperti nama anak mereka nanti akan bermula dengan pangkal huruf W.

Ini luahan seorang netizen: “So annoying, ingat dia sorang saja yang kahwin. Your news are everywhere, amat menyampah. Tak tahu nak adore kamu sebagai ikon macam mana, your acting pun biasa sahaja”.

Mira Filzah terbaca komen dari netizen itu dan kemudiannya muatnaik beberapa balasan sebagai respon kepada mereka yang mula muak baca kisahnya selepas berkahwin.

Pelakon ini menyarankan sekiranya seseorang itu tak suka melihat adanya berita tentang dirinya di mana-mana media, sila abaikan sahaja.

Baginya, perkongsiannya menerusi section ask me question di laman Instagram story adalah satu bentuk komunikasi antara dirinya dengan para peminatnya sahaja.

Ianya adalah antara kaedah saya untuk berinteraksi dengan fans dan follower saya. Kalau ada yang nampak artikel tentang saya berdasarkan content IG story, silalah abaikan ye”.

Saya juga taklah nak salah pihak media kerena itu merupakan tugas mereka nak buat kerja, jadi if you dislike itu just ignore.

Apa yang keluar tu saya tak ada pun buat interview jadi tak fair kalau nak judge saya dan Emir hanya kerana ada artikel tentang kami keluar.

Tak pernah nak invade personal space sesiapa melalui beriat sebegini, ianya adalah berita yang diambil dari ruang saya, IG story”.

Kepada yang tak tahu, sejak berkahwin, Mira Filzah sering diajukan banyak soalan di IG story miliknya. Pelakon dan pengacara ini sering melayan semua persoalan dari para peminatnya dan kadangkala apa yang dijawab oleh Mira Filzah itu telah menajdi bahan berita di portal media hiburan.