“Letak plastik, ada sebabnya..” Ini punca bentuk hidung Lana Nodin berubah

5,162 views

Kecoh juga apabila netizen berbicara tentang bentuk hidung pelakon lana Nodin baru-baru ini.

Perubahan hidung Lana Nodin itu dikatakan semakin ketara ketika pelakon berkenaan tampil di beberapa video sedang mempromosikan kedai keknya iaitu Lana Bakery Land yang terletak di Kota Damansara.

Sejak itu, ramai yang menulis komen bertanya sama ada Lana Nodin dah buat hidung.

Akhirnya menerusi satu laporan Harian Metro, pelakon berumur 42 tahun ini berterus-terang memang betul dia ada buat sesuatu pada hidungnya.

Dari satu sesi live, Lana menjelaskan dia ada masalah di hidungnya itu sehingga senget dan kini meletakkan plastic agar ianya tak senget lagi.

Apa yang dilakukan bukan saja-saja tetapi ada sebabnya.

“Sebenarnya ini hal peribadi, kalau ikutkan saya tak perlu nak cerita pun. Tapi tengok orang kat luar sana dah buat dosa kering, saya kenalah cerita. Saya kesian mana tahu nanti tak jumpa kat padang mahsyar.”

“Hidung saya ini terlibat dalam kemalangan ketika waktu sekolah. Masa itu saya bawa motorsikal. Saya tak pandai sangat naik motor tapi gatal nak naik, jadi habis jatuh tersungkur, hidung berdarah dan dah patah.”

“Sejak itu, hidung saya jadi senget, dan saya dah pakai besi beberapa tahun. Selepas itu, saya disarankan buka besi berkenaan. Kini saya letaklah plastik atau buat rhinoplasty, sebab kalau pakai besi semula ianya lebih sejuk.”

Oleh itu Lana berkata dia bukannya nak ubah ciptaan original sebaliknya kena pakai plastic itu kerana hidung senget dan patah.

“Hidung saya senget, itu yang aslinya. Jadi kalau orang tanya sama ada saya buat hidung, memang saya buat tetapi saya dipaksa buat kerana ianya dah patah.”

“Rhinoplasty, guna plastic ni, ada jangka hayatnya. Hanya selama lima hingga enam tahun atau pun sampai sepuluh tahun, lepas tu akan kena tukar.”

“Orang yang kata saya tukar kejadian Tuhan tu, sebenarnya muka saya ni asli okay. Kalau hidung ni tak kemalangan, saya tak tukarlah.”

“Hati orang ni tak pernah bersih. Ada saja nak sangka buruk. Tak tahu cerita sibuk cakap pasal lubang hidung saya.”

Itulah komen Lana Nodin tentang perubahan bentuk hidungnya.