“Dia lambat setahun” ~ Shila Amzah dedah anak ada speech delay

3,600 views

Shila Amzah mempunyai seorang anaki lelaki hasil perkahwinannya dengan bekas suami Haris Edraki Elias. Nama anaknya ini ialah Seth Uwais yang kini sudah masuk umur 2 tahun lebih.

Tentang perihal anaknya, Shila Amzah telah mendedahkan bahawa Seth Uwais kini disahkan mempunyai dpeech delay iaitu ada isu dengan pertuturannya, ianya lambat dari usianya.

Melalui satu entry di laman Instagram, Shila Amzah mendedahkan anaknya itu berumur 2 tahun lebih namun percakapannya boleh dikatakan hanya pada umur setahun lebuh, lewat setahun.

Seth Uwais kini sedang mendapatkan rawatan iaitu terapi pertuturan atau speech therapy.

“Ramai orang ada bertanya tentang anak saya, Seth punya speech delay. Dia akan masuk umur 3 tahun pada  31 Ogos tahun ni.”

“Saya diberitahu bahawa dia ada masalah dengan sensory issues. Oleh yang demikian, dia nak sampai ikut milestone macam budak lain tu agak lambat sedikit. Dia lambat dalam lebih kurang setahun.”

“Bila pergi terapi, therapist itu tidak akan terus suruh buat speech therapy tetapi dia akan start dengan occupational therapy dulu selepas itu barulah buat speech therapy.”

“Masa saya pergi check Seth Uwais di HUKM, doctor beritahu anak saya ni ada suspicion autism. Masa tu 6 bulan yang lepas.”

“Secara jujurnya, persekitaran amat memainkan peranan. Jika tak ada lagi anasir yang mengganggu pembesaran dia. Dan kita kena banyak sabar.”

“Sekarang ni Seth makin baik, sebelum ni tak ada eye contact, kalau orang cakap dia tak layan. Selalu saja dalam dunia sendiri dan tak ada sentuhan fizikial. Sekarang ni dia jadi suka peluk orang. Syukur sangat.”

Shila Amzah juga memberitahu dia ada membeli trampoline untuk anaknya itu dan berharap Seth Uwais akan suka bermain dengan trampoline.