Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Amyra Rosli sedang alami sakit yang tidak dapat dipastikan oleh doktor, apa puncanya.
Amyra Rosli sepatutnya sedang jalani penggambaran, namun kini terpaksa berehat disebabkan alami sakit sendi dan telah timbul lebam-lebam di beberapa bahagian pada tubuhnya.
Selain daripada itu, Amyra juga didapati mempunyai symptom batuk yang tak henti-henti.
Hal kesihatan Amyra ini disahkan oleh suaminya iaitu Amar Baharin. Kaat Amyra buat masa sekarnag, Amyra diberi pelepasan oleh pihak produksi selama empat hari kerana dia sukar berjalan.
“Sekarang Amyra dah diberi rehat selama empat hari sebab keadaan dia semakin teruk sampai dia susah nak berjalan.”
“Dia mengadu sakit di sendi selain ada bengkak di beberapa bahagian dan yang paling terkesan ialah di area kaki.”
Amar menceritakan sebenarnya hal ini kali pertama terjadi kepada Amyra Rosli.
“Memang pelik juga kerana sebelum ni, Amyra tidak pernah dapat macam ini. Selepas buat ujian darah, pihak doktor cakap dia tak ada sebarang jangkitan kuman.”
“Sebenarnya pihak doktor sendiri pun tak dapat beri penyelesaian tentang apa yang Amyra sedang hidapi ini.”
Oleh kerana sedang berehat, Amar akan mengambil inisiatif untuk membawa isterinya pergi berubat secara alternative.
“Lepas ni saya akan bawa dia untuk buat pemeriksaan di pusat perubatan sekali lagi atau pun pergi mendapatkan rawatan perubatan Islam. Saya pun dah tak tahu apa yang nak buat dah. Amyra pun hanya rehat kat rumah saja.”
“Rasanya adalah lebih baik kalau Amyra rehat kat wad agar pihak doktor boleh pantau keadaannya.”
Semalam, Amar Baharin turut dedahkan hal ini di laman Instagram miliknya. Ini luahannya.
Sama-sama kita doakan agar Amyra Rosli akan cepat sembuh seperti sedia kala.