Memang aku tak puashati.. Ini punca Zed Zaidi mengamuk

7,513 views

Pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman iaitu Zed Zaidi tampil dengan satu video yang menujukkan dirinya ada salah faham dengan seorang lelaki.

Kejadian dikatakan telah berlaku di kedai milik Zed Zaidi.

Menerusi video itu, Zed Zaidi telah meluahkan rasa kurang senang dengan lelaki berkenaan yang dikatakan merupakan wakil pihak pengurusan bangunan di kedai Zed Zaidi.

Caption yang ditulis jelas menunjukkan ketidak puas hatian Zed Zaidi terhadap pihak pengurusan kerana memasang pagar baru di depan kedainya.

Ini menyebabkan kesukaran dan mengganggu Zed Zaidi dan isterinya untuk berniaga.

“Memang aku tidak puas hati dengan management dan juga ahli jawatankuasa bangunan kat tempat aku berniaga ni. Di bulan ramadhan masuk ni la kau nak ganggu perniagaan orang.”

Ini video perbalahan antara Zed Zaidi dan juga pihak management.

Dalam pada itu Zed Zaidi terus buat penjelasan lanjut setelah ramai yang tertanya apa sebenarnya yang berlaku.

Zed Zaidi berkata, pihak management telah memasang pagar baru, menggantikan pagar lama, walhal pagar lama itu masih elok lagi.

Pagar dilihat baru ini lebih tinggi dan kukuh, namun ianya ternyata menyukarkan akses pelanggan Zed Zaidi untuk singgah dan membeli makanan di kedai miliknya.

Zed Zaidi menjelaskan, dia dan isteri berniaga tauhu bergedil di kedai tersebut.

“Dia buat pagar baru, siap lock, sebelum ni tak ada lock. Kenapa buat pagar baru ini. Kalau customer nak beli sekarang ni aku kena selitkan makanan celah-celah pagar ni.”

“Ni tauhu bergedil yang aku jual. Dah lama dah jual. Bini aku pun tak puas hati, dia pun cakap, biar potong je lock tu.”

Zed Zaidi menjelaskan tempat dia berniaga tu dah selamat, dan tak perlu nak menambah pagar baru seperti itu.

“Ni pagar, sebelah tu post guard, lepas tu ada kamera CCTV, ni kedai aku. Tak selamat lagi ke. Ustaz kata ni pintu rezeki untuk perniagaan aku tapi akhirnya management pula dah lock. Notis pun tak ada, ikut suka dia. Dah la guard tak bagi customer luar aku masuk.”

Ini penjelasan penuh dari Zed Zaidi.

Untuk info, kedai Zed Zaidi ini dikatakan terletak di kawasan condo di Damansara Perdana.

Diharapkan semua urusan Zed Zaidi dipermudahkan.