“Memang dia dah aim Kamal” Ini video terbaru dari Uqasha Senrose

15,049 views

Petang tadi isteri kepada Kamal Adli iaitu Uqasha Senrose telah tampil memuatnaik satu video untuk memberi pesanan serta menceritakan perkembangan terkini dirinya dan juga suaminya. 

Video berdurasi selama 7 minit itu bertujuan agar meminta orang ramai tidak menyalahkan warga Singapore semata mata hanya kerana kejadian berkenaan berlaku di negara berkenaan. 

Ini komen dari Uqasha: 

“Tujuan Uqasha buat video ni untuk tak mahu merosakkan hubungan antara dua negara Singapore dan juga Malaysia, bukan semua warga Singapore ni jahat ke apa, tidak.” 

“Dia tak ada kena mengena langsung, kejadian ini boleh jadi kat mana-mana pun. Jangan kerana satu orang tapi satu negara kena.” 

“Jangan lah nak berseteru pula antara Singapore dan juga Malaysia.” 

“Orang Singapore semuanya baik-baik, banyak yang tolong Uqasha selepas kejadian tu.” 

“Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga, ini kerana individu itu sendiri. 

Selain itu, Uqasha Senrose berkata kejadian ini menjadi peringatan buat dirinya dan semua orang agar sentiasa berhati hati. 

“Kita tak tahu sama ada orang tu suka kita atau tidak, ini boleh dijadikan pengajaran buat semua, kena sentiasa berhati hati.” 

Dalam pada itu, Uqasha mengatakan kini dia dan suami berada di satu lokasi yang dirahsiakan atas nasihat pihak polis. 

“Benda terjadi dengan tak disangka sangka. Tak tahu apa motif sebenarnya. Kami kini berada di satu tempat yang dirahsiakan.” 

“Ini sebenarnya dah kira macam satu ugvtan untuk membvnuh. Syukur dia salah aim, dekat belakang Kamal. Kalau bawah sikit mungkin Kamal dah tak ada.” 

Uqasha Senrose akui memang dirinya dalam keadaan trauma 

“Tak tahu apa motif dia, memang saya dalam keadaan yang trauma sebab ini pertama kali tengok depan mata, dia guna chota besi di belakang suami saya. Memang niat dia tu untuk membvnuh. Dia tak gila.” 

Ini video terbaru dari Uqasha Senrose itu. 

Uqasha Senrose berkata Kamal Adli telah pun sedar setelah dibius untuk pembedahan di bahagian kepalanya dan akan follow up.