Ini kenyataan ayah Hafidz Roshdi, pelakon ini turut disahkan alami Bipolar

6,171 views

Ekoran kes yang melanda pelakon Hafidz Roshdi, ayahnya iaitu Roshdi Ahmad tampil memberi kenyataan. 

Kenyataan ini diberikan setelah Roshdi tampil menemani anaknya di mahkamah dan kemudian ditanya oleh pihak media. 

Sebagai seorang ayah, Roshdi amat berharap kemelut yang melanda rumah tangga anaknya dan Nurul Shuhada akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik. 

Ditanya tentang pertuduhan dan anaknya mencderakan Shuhada, Roshdi berkata dia serahkan semuanya kepada penilaian pihak mahkamah. 

INI KOMEN BAPA HAFIDZ ROSHDI 

“Sekarang kes ini sedang diadili dan kita hanya doakan yang terbaik. Kita keluarga juga mahu menyelesaikan masalah ini dengan cara terbaik.” 

Tentang isu lain iaitu Shuhada mendakwa keluarganya turut bersubahat dengan Hafidz, Roshdi memohon supaya isu-isu lain tak dibangkitkan agar nama family tak terjejas. 

“Berkenaan isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan lah sebabnya bagi saya ianya boleh memberi kesan tak baik. Ia akan menjejaskan nama baik kami sekeluarga dan hal ini perlu diberhentikan.” 

“Kami ni bukannya seperti yang difitnah. Orang kenal kami sekeluarga dan selama ini kami cuma mengambil pendekatan untuk berdiam diri.” 

PEGUAM MENYATAKAN HAFIDZ ROSHDI ALAMI BIPOLAR 

Semalam, pihak mahkamah meletakkan ikat jamin sebanyak RM4 ribu kepada Hafidz Roshdi berserta seorang penjamin. Pada awalnya pihak pendakwa mahu ikat jamin diletakkan sebanyak RM10 ribu. 

Peguam Hafidz Roshdi iaitu Datuk Akhbardin kemudian merayu ikat jamin bawah RM5ribu dengan menyatakan kini Hafidz tiada tawaran berlakon dan mengesahkan pelakon berkenaan alami masalah bipolar. 

“Beliau telah kehilangan punca pendapatan selepas ada beberapa produksi tarik balik tawaran berlakon kerana isu yang dihadapi olehnya.”  

“Selain itu, beliau juga mengidap gangguan bipolar, namun begitu, mahu dijelaskan keadaan ini bukanlah satu masalah mental yang serius seperti gangguan skizofrenia.” 

Selain ikat jamin, pihak mahkamah mengarahkan Hafidz Roshdi jalani rawatan di Hospital Bahagia serta menyerahkan passport dan larangan untuk mengganggu Nurul Shuhada.