Nama kena petik dengan Yasin Sulaiman, ini kenyataan rasmi dari YB Syed Saddiq

9,326 views

Semua dah tahu tentang kes melibatkan penyanyi Yasin Sulaiman yang didakwa atas tuduhan memiliki bahan terlarang.

Identiti Yasin Sulaiman diketahui umum setelah dibawa ke mahkamah oleh pihak polis untuk dakwaan berkenaan, setelah rumahnya diserbu pihak polis pada minggu lalu.

Apa yang menariknya, ketika dalam perjalanan dibawa oleh pihak berkuasa, ketika berjalan menempuhi pihak media, ada sesuatu yang diungkapkan oleh Yasin Sulaiman.

Penyanyi berumur 47tahun ini ada menyebut dan memetik nama Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq.

“Kirimkan salam saya kepada YB Syed Saddiq, cepatkan kelulusan” Itu antara kata-kata dari Yasin sambil berjalan di bawa pihak berkuasa.

Setelah video berkenaan tersebar, ramai yang baru tahu bahawa, Syed Saddiq pernah mengetengahkan isu penggunaan bahan berkenaan sebagai ubatan.

Syed Saddiq pernah membentangkan hal berkenaan kepada pihak kerajaan ketika itu.

Akhirnya, pemuda berumur 30 tahun ini tampil memberi responnya setelah namanya dipetik oleh Yasin Sulaiman.

Menerusi satu entry, Syed Saddiq mendoakan yang terbaik buat Yasin di atas ke mahkamahnya.

Selain itu, Syed Saddiq juga mengatakan pendapatnya tentang hal berkenaan tidak berubah, dia masih mahu bahan berkenaan diluluskan untuk menjadi ubatan.

“Saya doakan yang terbaik buat saudara Yasin Sulaiman, harapnya akan dapat pembelaan yang terbaik di mahkamah.”

“Pendirian saya tak pernah berubah. Kita patut luluskan penggunaan bahan berkenaan sebagai ubatan medical seakrang ini.”

“Janganlah nak melayan mereka yang ambil bahan itu sebagai ubatan sebagai seorang pesalah. Sila ikuti perkembangan sains dan juga lihat data.”

Dalam pada itu Syed Saddiq juga muatnaik ucapannya ketika di parlimen tentang isu ini.

Padangan dari Syed Saddiq itu disetujui banyak pihak kalau lihat diruangan komen. Apatah lagi katanya, banyak negaar lain dah mula melakukan hal yang sama, meluluskan bahan itu sebagai ubatan. Apa yang penting adalah cara untuk mengawal selianya.