“Memang sakit hati” Sarah Hildebrand pelik, dan akhirnya terbongkar hal sebenar

19,255 views

Sarah Hildebrand sebelum ini terkenal menerusi lakonannya dalam drama Pujaan Hati Kanda bersama Remy Ishak dan juga Mira Filzah.

Kemudian pada hujung tahun 2019, pelakon darah kacukkan Amerika Syarikat, german dan Melayu ini berkahwin dengan rakan lamanya bernama Otto Gillen.

Sejak kahwin tu memang jarang juga lihat Sarah Hidebrand di kaca televisyen.

Sebenarnya Sarah Hildebrand sendiri pelik kerana tawaran berlakon terhadap dirinya semakin berkurangan malah dah beberapa bulan tidak berlakon.

Rupanya ada cakap dan kenyataan yang kurang benar bertebaran tentang dirinya membuatkan tiada tawaran kepadanya. Ini pendedahan dari Sarah.

“Ada production manager contact saya baru-baru ini dan tanya betulkan saya kini dah tak aktif berlakon. Katanya, ada orang cerita tentang hal sebegitu”.

“Pelik betul, bilakah agaknya saya buat kenyataan itu, tak pun kata nak stop berlakon, atau berehat dan sebagainya”.

Sarah amat kecewa dengan hal yang berlaku di belakanganya apabila ada orang buat cerita sekaligus membuat rezekinya sedikit terkesan.

“Saya akui sakit hati bila dengarnya. Macam mana orang boleh cakap macam tu dan tak Tanya saya akan hal sebenarnya”.

“Tak boleh nak nafikan, hal ini umpana nak sekat rezeki saya. Apatah lagi di waktu mencabar seperti sekarang ini, dah tentu saya perlu job”.

Jelas Sarah, kalau ikutkan dah lebih tiga bulan dia tiada sebarang tawaran berlakon.

“Kali terakhir saya kerja adalah berlakon dalam drama Tunggu Dulu Cinta. Masa tu bulan Julai lepas. Then, saya dah tak ada job.

“Saya memang mula risau, rupa-rupanya syarikat produksi ingatkan saya dah tak aktif berlakon lagi.

Kini, Sarah Hildebrand akan sentiasa update perkembangan dirinya di laman sosial supaya tak adalah pihak produksi ingat dia dah tak aktif.

“Sekarang saya kena aktif di IG walaupun sebenarnya saya bukanlah orang begitu. Bila hal macam ni berlaku, saya kena ambil inisiatif untuk nampak aktif.

“Nasib baik ada pihak produksi call baru-baru ini tanya, kalau tidak, saya akan terus tertanya-tanya kenapa saya dah tak ada tawaran berlakon”.

Ketika tiada job, Sarah dilihat telah jual pakaian lamanya da nada juag berniaga menjual sabun dan juga mask.